.:: LAPORAN MAHRAJAN THAQOFI 09 ::.

HAYYU SABIE’ 14 Julai 2009 - Satu program ilmiah anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang menjadi acara tahunan dikenali sebagai MAHRAJAN THAQAFI ’09 bertemakan MEMBINA MAHASISWA/WI MUJADDID DAN MURABBI telah diadakan di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM selama tiga hari. Program berjalan dengan lancar dan meriah walaupun kurang mendapat sambutan di kalangan ahli BKPPPM kerana ramai yang telah pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim panas.
Tirai Mahrajan Thaqafi ’09 dibuka dengan slot Diskusi Kitab yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Salman Bin Maskuri yang bertajuk TAHALUF SIASI. Disusuli sebelah malamnya dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Yang Dipertua BKPPPM 08/09 bagi menggantikan Presiden PMRAM 2009 Ustaz Abdul Mu’izz Bin Mohammad kerana tidak dapat hadir.


15 Julai 2009 Rabu- Hari kedua MAHRAJAN THAQAFI ’09 dimulakan dengan qiamullail dan tazkirah Isra’ Mikraj yang disampaikan oleh HEWI angkat BKPPPM iaitu Ustazah Nor Hidayah Binti Che’ Yusuf. Kemudian disusuli pula dengan Pembentangan kertas kerja 1 bertajuk “Terjah Isu Bid’ah Di Malaysia” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Bin Abdul Nasir dan kertas kerja 2 bertajuk “Fahaman Liberalisme” yang dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Shamsul Adli Bin Razali. Sebelah petangnya pula diadakan Tayangan Video Ilmiah dan di ulas oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Bin Mahmud. Program menjadi lebih meriah ketika slot Medical Check-up (ikhwah) yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Untuk Slot terakhir hari kedua, organisasi GABUNGAN MAHASISA ISLAM TAHUN AKHIR (GEMPITA) telah mengisi slot dalam sesi Ramah Mesra Bersama Tetamu Malaysia.

16 Julai 2009 Khamis - Untuk acara pertama pada hari terakhir MAHRAJAN THAQAFI ’09 telah diadakan Diskusi Kitab ADAB AL-IKHTILAFAT AL-FIQHIAH yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kader Bin Syed Hussin Al-Jufry .Kemudiannya, program diteruskan dengan Medical Check-up (akhawat) yang turut mendapat perhatian daripada para peserta . Selepas berehat, para peserta dihidangkan pula dengan slot Who Want’s to Be a Daie’ yang merupakan acara yang paling mendapat sambutan hebat dari kalangan peserta untuk merealisasikan impian mereka sebagai DA’IE.
Pada malam terakhir MAHRAJAN THAQAFI’09 telah melabuhkan tirainya dengan majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Yang Dipertua BKPPPM 08/09. Majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dan sajak yang disampaikan oleh ahli BKAN Pulau Pinang.Dalam kemeriahan majlis penutup tersebut diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz, peserta terbaik program dan peserta berdisiplin.Akhirnya majlis ditangguh dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr serta jamuan istimewa kepada semua ahli.

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com