Laporan Majlis Gema Aidilfitri 2009

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2009/10 telah mengadakan Majlis Gema Aidilfitri ’09. Majlis tersebut telah diadakan pada 19-21 september 2009 iaitu bermula pada hari Sabtu hingga Isnin di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM.

Pada hari Sabtu 19/9/2009 jam 9.00 malam majlis telah dimulakan dengan laungan takbir raya beramai-ramai oleh ahli BKPPPM. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Perutusan Raya yang telah dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman,Badan Pengurus PMRAM merangkap BP angkat bagi BKPPPM.

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan raya oleh setiap wakil Syaqah,wakil BKPPPM dan wakil PMRAM.Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan istimewa Mee Kari dan Kuih Raya.Pada hari Ahad 20/9/2009 jam 10.30 pagi,selesai solat Aidilfitri majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh semua ahli BKPPPM.


Kemudian dimulakan dengan acara dewan. Diantara acara yang telah dijalankan adalah acara peka raya,berbalas pantun,lawak spontan,lakonan spontan,hias kek,anyam ketupat,dan berbalas duit raya.Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan raya ketupat,rendang,kuih raya dan roti jala.Pada malam tersebut telah diadakan gotong-royong untuk membakar Sate pada keesokan harinya.

Pada hari ketiga 21/9/2009 jam 8.30 malam telah diadakan majlis perasmian Gema Aidilfitri ’09.Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengarah Gema Aidilfitri ’09,Ustaz Sarkawi Bin Mohmad Salleh kemudian disusuli ucapan Pemangku YDP BKPPPM, Ustaz Mohd Ilya Farhan Bin Che Mohd Ilias dan ucapan perasmian oleh Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman selaku BP angkat BKPPPM. Selesai majlis perasmian, telah diadakan persembahan pentomen,sajak,nasyid,persembahan AJKT dan cabutan bertuah.Kemudian majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.Majlis diakhiri dengan jamuan Sate,nasi himpit dan kuah kacang.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com