LAPORAN TARKIZ QIADI 2008-2009

SABTU (28 FEB 2009)-Badan Penasihat BKPPPM 08-09 telah mengambil peluang mengadakan program (KPO) kepada semua AJKT dan AJK HEWI BKPPPM untuk sesi kenaikan baru bagi tahun 2008-2009.Kursus dijalankan di Dewan Soleh Al-Masri tepat jam 9.00pagi dan berakhir jam 5.30 petang.Antara pengisi slot yang hadir ialah Us. Hamimi B. Abdullah(Ketua penasihat BKPPPM),Us. Mohd Anuar(Pengerusi Syubra),Ustz. Asma’ Bt. Jamaludin(Mantan penasihat BKPPPM) dan beberapa AJKT BKPPPM sendiri.Antara pengisiannya ialah pembentangan kertas kerja tentang Fiqh Aulawiyat oleh Us. Mohd Anuar,Pembentangan Buku perlembagaan BKPPPM oleh Us. Mohd Hanif B. Haron.Tidak ketinggalan juga keterangan padat oleh Us. Muhamad Khairi B. Salleh tentang kunci fail dan surat- menyurat serta buku etika Jabatan Setiausaha.Seterusnya kertas kerja tentang pengendalian mesyuarat dan adab-adab berorganisasi dan protokol majlis telah diserahkan kepada us. Hamimi sebagai pembentangnya.Di sebelah petang pula,Us. Hanif B. Haron dan Us. Mohd Hamimi B. Abdullah iaitu wakil Unit Hisbah & bait muslim tidak melepaskan peluang memperkenalkan unit tersebut termasuk perkara-perkara yang berhubung dengan bait muslim.Tidak sekadar itu sahaja,semua AJKT dan AJK HEWI diberikan beberapa modul bagi tujuan melatih kebolehan berfikir. Namun Ta’liq akhir dari Ustz Asma’ Bt. Jamaludin merungkai segala yang berlaku.Bagi AJKT dan AJK HEWI sendiri,menjadi pengerusi tanpa diduga itu adalah pengalaman yang berharga..SYABAS ..Kepada semua penasihat yang menjayakan KPO ini…

Baca Lagi...

LAPORAN JAULAH MENYUSURI KAHERAH ‘09

AHAD (22 FEB 2009) - Unit Sambutan dan Rehlah HEWI BKPPPM 08-09 telah menganjurkan jaulah menyusuri Kaherah yang disertai seramai 27 orang peserta termasuk 2 orang musyrif. Musyrif yang dipertugaskan ialah Us. Mohd Hamimi B. Abdullah dan Us. Muhamad Khairi B. Salleh. Sebuah coster ditempah khusus untuk membawa para peserta jaulah tersebut. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Bandar Giza(melawat Piramid dan SPINX), Masjid Amru B. Ash (solat dan makan), sungai Nil (menaiki bot)dan Qolaah Salahuddin(mengenali sejarah peperangan di Mesir). Rombongan bertolak jam 8.00pagi dan kembali ke perkarangan rumah BKPPPM tepat jam 5.00 petang. Sepanjang perjalanan peserta diberi keterangan tentang tempat yang akan dilawati oleh musyrif yang dipertugaskan. Peserta juga diajukan beberapa soalan yang agak mencabar yang berkaitan dengan PMRAM, BKPPPM, sejarah dan teka teki. Hadiah disediakan untuk setiap peserta berupa cenderamata kenang-kenangan. Salah satu tempat terpaksa di hazaf kerana kesuntukan masa iaitu Panorama 6 oktober… “sedihnya…he..he..salam jaulah semua..”dari SU HEWI BKPPPM.

Baca Lagi...

FANTASTIC 4 ’09 PENUH GEMILANG

Fantastic 4 ’09 dengan perwatakan baru yang dulunya dikenali PERMIS iaitu Perhimpunan Musim Sejuk kini kembali bertemu para ahli Pulau Pinang. Dengan nafas yang baru, kali ini BKPPPM sekali lagi mempertaruhkan program ini yang diberi muka baru untuk tontonan para ahli di seluruh pelusuk Mesir bagi menarik para ahli dan memeriahkan program pada tahun ini. Dengan bertemakan “Muamalah, Ukhwah, Thaqafah dan Ubudiah”, Program ini dapat dihadiri ramai ahli Pulau Pinang bagi memeriahkan dan menyemarakkan program hari keluarga pada tahun ini.
Objektif Fantastic 4 ’09 pada kali ini mempertaruhkan tentang nilai-nilai kekeluargaan sesama ahli dan sesama AJKT. Seterusnya ingin menjadikan ahli yang prihatin kepada BKAN, khususnya BKPPPM itu sendiri. Antara objektif lain program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan AJKT. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada tanggal 18 hingga 20 Februari meniggalkan impak yang cukup besar kerana berjaya menjadikan program hari keluarga pada tahun ini cukup meriah dan menampakan kesinaran pelangi yang indah dengan kerjasama yang diberi oleh ahli Pulau Pinang itu sendiri.
Program Fantastic 4 ’09 dimulakan dengan pelancaran Tabung Palestine dan Bait Mithali yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM, Ust. Khairul Anuar Ismail dan diakhiri dengan perbahasan mengenai isu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine yang disampaikan oleh Pengarah Pavillion, Ust Muin.Slot lain yang dijalankan adalah qiamullail pada awal pagi hari kedua program dan disusuli dengan sukan hingga ke petang.Sukan yang dipertandingkan adalah Indoor game dan Outdoor game,Tiap-tiap ahli diberikan rumah masing-masing iaitu Hijau,Merah,Biru dan kuning.Slot yang seterusnya iaitu yang dijalankan pada hari kedua adalah slot Perbincangan mahasisiwa/wi yang dikendalikan oleh Gempita (Gabungan Pelajar Islam Tahun akhir) dengan tajuk yang diletakkan iaitu Politik bagi Mahasiswa/wi,Tajuk ini diletakkan untuk menjelaskan situasi sebenar yang dikatakan Politik.Tajuk yang diletakkan oleh Gempita adalah suatu tajuk yang hangat sesuai dengan perkembangan malaysia pada hari ini.
Program Fantastic 4 ’09 diteruskan lagi ke hari terakhir dengan slot-slot yang menarik,walaupun ianya berlangsung pada hari jumaat yang mana mendapat tamparan hebat oleh sebahagian pihak tetapi ia tetap berjalan dengan jayanya.Penyusunan oleh pengarah adalah tepat kerana slot pada paginya diletakkan teknik pertahanan diri bagi menarik perhatian para ahli supaya memenuhi segenap ruang untuk memastikan program berjalan lancar. Slot ini dikendalikan oleh Ust. Mohd Ehsan Mohd Zol yang merupakan guru silat di Tanta.Slot yang seterusnya adalah rawatan kecemasan yang dijemput bagi menerangkan sedikit sebanyak tentang rawatan.Slot yang terakhir dalam tentatif program yang berlangsung diskusi kitab fiqh alawiyat yang dibentangkan oleh Ust Aswadi.
Fantastic 4 ’09 akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan mengadakan malam penutup program Fantastic 4 ’09 yang dinamakan Malam Inspirasi Seni. Malam Inspirasi Seni diadakan bagi memeriahkan lagi malam penutup program Fantastic 4. Malam Inspirasi Seni diwarnai dengan persembahan yang menghiburkan dari tiap wakil rumah sukan dan juga persembahan artis jemputan dari selangor yang melengkapkan lagi majlis penutup pada malam itu.

Baca Lagi...

RAMAH MESRA BERSAMA YDP MAINPP

Kaherah - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sekali lagi menerima kunjungan tetamu dari Malaysia. Kali ini dari rombongan wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP). Rombongan tersebut terdiri daripada Y.B Shabudin Bin Yahaya selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama isteri Puan Rashidah Bt. Abd. Majid. Turut hadir Tuan Hj. Sazali Bin Hussein (Pengarah JAINPP), Encik Fakhruddin Bin Abd. Rahman Setiausaha MAINPP) dan Ustaz Mohd. Redzuan Bin Abd. Wahab (Pegawai Pendidikan MAINPP).
Bagi meraikan kedatangan rombongan tersebut, BKPPPM mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada tanggal 3 februari 2009 bertempat di dewan Soleh Al-Masri asrama Pulau Pinang. Majlis ini dihadiri kira-kira 120 orang ahli BKPPPM yang terdiri daripada pelajar pengajian islam, qiraat dan perubatan. Antara tujuan lain majlis ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara MAINPP dengan BKPPPM, mengenali lebih rapat lagi individu-individu di dalam MAINPP dan JAINPP, juga menerangkan maklumat terkini serta masalah berkenaan persatuan dan juga ahli BKPPPM kepada MAINPP.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ust. Abd Hayyi Bin Muhammad seterusnya ucapan aluan dari Yang DiPertua BKPPPM Ust. Hanif Bin Haron dan juga Pangarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Dr. Jamel Bin Hashim. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan Y.B. Shabudin. Beliau menyampaikan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh ahli BKPPPM, antaranya ialah penyertaan ahli dengan BKPPPM. Beliau juga mengharapkan agar BKPPPM memainkan peranan dua hala dan merapatkan hubungan dengan JPMK dan juga kedutaan Malaysia di Mesir untuk mendapat segala kemudahan dan memudahkan segala urusan pembelajaran. Dalam ucapan tersebut, beliau juga turut menasihati pelajar Pulau Pinang yang berada di bumi Mesir ini supaya belajar bersungguh-sungguh dan mencari ilmu sebanyak mungkin serta berbakti kepada masyarakat dan agama apabila pulang ke Malaysia kelak.
Selesai ucapan Yang DiPertua MAINPP, majlis diteruskan lagi dengan slot ramah mesra bersama tetamu (sesi soal jawab) dan penyerahan bantuan kewangan kepada BKPPPM. Y.B. Ustaz Shabudin juga menyampaikan anugerah bagi pelajar cemerlang dan tunas harapan. Ustaz Mohamad Badrul Hisham Bin Mohamed telah menerima anugerah pelajar cemerlang manakala Ust. Mohd. Miqdad bin Mohammad Jan menerima anugerah tunas harapan. Di sebelah akhawat pula, anugerah pelajar cemerlang disandang oleh Dr. Nor Liana bt. Omar dan Ustzh Jusmira Aida bt. Johari bagi anugerah tunas harapan. Sedikit cenderahati dari BKPPPM telah disampaikan oleh U. Hanif Haron kepada ahli rombongan sejurus selepas itu. Majlis disudahi dengan doa penutup oleh Ust. Khizral Firdaus Bin A’azman.
Kemudian ahli rombongan dibawa melawat ke sekitar asrama pelajar Pulau Pinang dan mengadakan perjumpaan dengan pelajar perubatan tajaan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP). Sesi bergambar diadakan sebelum keberangkatan pulang ahli rombongan ke tempat penginapan.

Baca Lagi...

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT

MOHD NASIR SA'ARI 2 MAC 1985
MUHAMMAD KHALIL ABDULAH 5 MAC 1987
MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN 5 MAC 1987
MUHAMMAD AKASYAH SAHIMI 5 MAC 1988
MUHAMMAD NI'AMATULLAH NAZRI 6 MAC 1992
MUHD KHAIRUDDIN MOKHTAR 7 MAC 1985
AHMAD FAUZEE ABD RAHMAN 10 MAC 1984
MOHAMAD HAFIZ OMAR 14 MAC 1982
MOHD ZAKI MOHD IDRIS 10 MAC 1986
ABD RAHMAN YUSOFF 10 MAC 1988
SYED AISAM SYED IDRIS 11 MAC 1984
MOHD RAFAIE ABU BAKAR 11 MAC 1985
MOHD NA'IM AHMAD 12 MAC 1983
FATIMAH MUHAMAD ZUDIN 14 MAC 1987
ABDUL MUTALLIB ABDUL AZIZ 15 MAC 1986
MOHD HANIF ISHAK 17 MAC 1987
MOHD ASYMAWI A.HALIL 21 MAC 1985
SITI ASMA JAMALUDEN 23 MAC 1982
NAIMAH ZAKARIA 24 MAC 1988
ADNAN RAZAK 25 MAC 1985
MUHAMMAD HAMZI JAMALUDIN 28 MAC 1988
MOHD ERWAN PARMAN 29 MAC 1980
MUHAMMAD KHOLID SHAFIE 30 MAC 1987
NUR AZILAWATI ZAKARIYA 30 MAC 1988

CIRI-CIRI ANDA

• berpesonaliti yang menarik dan menawan
• pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
• mudah didampingi
• kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
• sangat pemalu dan pemendam rasa
• suka berangan-angan
• sangat baik secara semula jadi
• suka melancong
• jujur pemurah dan mudah simpati
• sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
• sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
• kelam kabut dalam memilih pasangan
• suka pada kedamaian
• suka dengan hiasan rumahtangga
• sangat peka kepada orang lain
• punya bakat seni dalam bidang muzik
• sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
• kencenderungan kepada benda yang istimewa
• tidak cepat marah dan sangat amanah dan baik
• jangan terlalu moody
• tahu balas budi dan tahu kenang budi

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI
HIDUP DIDALAM KEBERKATAN ILAHI

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com