FANTASTIC 4 ’09 PENUH GEMILANG

Fantastic 4 ’09 dengan perwatakan baru yang dulunya dikenali PERMIS iaitu Perhimpunan Musim Sejuk kini kembali bertemu para ahli Pulau Pinang. Dengan nafas yang baru, kali ini BKPPPM sekali lagi mempertaruhkan program ini yang diberi muka baru untuk tontonan para ahli di seluruh pelusuk Mesir bagi menarik para ahli dan memeriahkan program pada tahun ini. Dengan bertemakan “Muamalah, Ukhwah, Thaqafah dan Ubudiah”, Program ini dapat dihadiri ramai ahli Pulau Pinang bagi memeriahkan dan menyemarakkan program hari keluarga pada tahun ini.
Objektif Fantastic 4 ’09 pada kali ini mempertaruhkan tentang nilai-nilai kekeluargaan sesama ahli dan sesama AJKT. Seterusnya ingin menjadikan ahli yang prihatin kepada BKAN, khususnya BKPPPM itu sendiri. Antara objektif lain program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan AJKT. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada tanggal 18 hingga 20 Februari meniggalkan impak yang cukup besar kerana berjaya menjadikan program hari keluarga pada tahun ini cukup meriah dan menampakan kesinaran pelangi yang indah dengan kerjasama yang diberi oleh ahli Pulau Pinang itu sendiri.
Program Fantastic 4 ’09 dimulakan dengan pelancaran Tabung Palestine dan Bait Mithali yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM, Ust. Khairul Anuar Ismail dan diakhiri dengan perbahasan mengenai isu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine yang disampaikan oleh Pengarah Pavillion, Ust Muin.Slot lain yang dijalankan adalah qiamullail pada awal pagi hari kedua program dan disusuli dengan sukan hingga ke petang.Sukan yang dipertandingkan adalah Indoor game dan Outdoor game,Tiap-tiap ahli diberikan rumah masing-masing iaitu Hijau,Merah,Biru dan kuning.Slot yang seterusnya iaitu yang dijalankan pada hari kedua adalah slot Perbincangan mahasisiwa/wi yang dikendalikan oleh Gempita (Gabungan Pelajar Islam Tahun akhir) dengan tajuk yang diletakkan iaitu Politik bagi Mahasiswa/wi,Tajuk ini diletakkan untuk menjelaskan situasi sebenar yang dikatakan Politik.Tajuk yang diletakkan oleh Gempita adalah suatu tajuk yang hangat sesuai dengan perkembangan malaysia pada hari ini.
Program Fantastic 4 ’09 diteruskan lagi ke hari terakhir dengan slot-slot yang menarik,walaupun ianya berlangsung pada hari jumaat yang mana mendapat tamparan hebat oleh sebahagian pihak tetapi ia tetap berjalan dengan jayanya.Penyusunan oleh pengarah adalah tepat kerana slot pada paginya diletakkan teknik pertahanan diri bagi menarik perhatian para ahli supaya memenuhi segenap ruang untuk memastikan program berjalan lancar. Slot ini dikendalikan oleh Ust. Mohd Ehsan Mohd Zol yang merupakan guru silat di Tanta.Slot yang seterusnya adalah rawatan kecemasan yang dijemput bagi menerangkan sedikit sebanyak tentang rawatan.Slot yang terakhir dalam tentatif program yang berlangsung diskusi kitab fiqh alawiyat yang dibentangkan oleh Ust Aswadi.
Fantastic 4 ’09 akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan mengadakan malam penutup program Fantastic 4 ’09 yang dinamakan Malam Inspirasi Seni. Malam Inspirasi Seni diadakan bagi memeriahkan lagi malam penutup program Fantastic 4. Malam Inspirasi Seni diwarnai dengan persembahan yang menghiburkan dari tiap wakil rumah sukan dan juga persembahan artis jemputan dari selangor yang melengkapkan lagi majlis penutup pada malam itu.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com