SEMUA lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya sudah mengetahui keputusan masing-masing bagi mengikuti pengajian program lepasan SPM sesi 2009/2010 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, yang akan bermula 28 Jun depan, manakala program matrikulasi 11 Mei ini.
Tahun ini jumlah permohonan yang diterima Kementerian Pengajian Tinggi meningkat kepada 400,996 untuk mengisi 128,295 tempat di 20 IPTA, politeknik dan kolej komuniti. Permohonan itu merangkumi program ijazah sarjana muda, diploma dan sijil.
Bilangan tempat yang terhad dan jauh lebih kecil berbanding jumlah permohonan yang terus bertambah, sudah tentu tidak dapat menampung semua pelajar yang memohon, walaupun mereka memenuhi syarat kelayakan. Itulah senario yang berlaku setiap kali Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pengambilan pelajar baru ke IPTA. Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya terdapat lulusan SPM yang memperoleh 6A hingga 8A turut tercicir daripada senarai calon yang terpilih ke IPTA kerana ia pernah terjadi sehingga mencetuskan isu yang memerlukan penjelasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Satu daripada sebab yang lazim diberikan kementerian ialah pelajar tersalah pilih kursus yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Agak malang bagi pelajar berkenaan dan jika itu berlaku kita menasihatkan mereka jangan cepat kecewa dan berlengah sebaik-baiknya kemukakan rayuan dengan segera.
IPTA adalah pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian. Alasannya mudah, selain kerana mempunyai kemudahan pembelajaran yang lengkap dan berkualiti, yuran pengajian juga jauh lebih rendah berbanding di kolej swasta dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Masalah kekurangan tempat di IPTA sedikit sebanyak dapat ditangani apabila kerajaan menaikkan taraf empat kolej universiti kepada universiti penuh dan wujud beberapa universiti baru, menjadikan jumlah IPTA sekarang kepada 20. Malangnya terdapat segelintir pelajar yang bersikap negatif terhadap beberapa universiti baru yang dinaikkan taraf sehingga ada yang menolak tawaran universiti berkenaan, walaupun mereka ditawarkan jurusan yang memang menjadi pilihan mereka.
Apatah lagi apabila mereka mengetahui universiti baru itu hanya dianugerahi dua bintang apabila kementerian membuat penarafan IPTA di negara ini tahun lalu, berbanding kedudukan yang lebih baik di kalangan universiti yang telah lama wujud. Keadaan itu ditambah pula dengan suasana kampus yang masih dalam pembinaan. Dengan kata lain, ada segelintir pelajar berkenaan memandang rendah dengan keupayaan universiti baru itu.
Tanggapan itu adalah salah dan tidak harus berlaku kerana setiap universiti di negara ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Malahan universiti berusia ‘muda’ itu mempunyai kelebihan berbanding universiti lain kerana bidang pengajian yang ditawarkan lebih khusus dan mudah disesuaikan dengan keperluan industri. Universiti itu juga kini mula menonjol dalam beberapa bidang termasuk memenangi beberapa anugerah penyelidikan bertaraf antarabangsa.
Hakikatnya, apabila seseorang graduan tamat pengajian, apa yang menjadi penilaian majikan serta industri adalah kecemerlangan akademik dan kemahiran yang dimiliki bukannya terletak pada gahnya nama sesebuah IPTA atau dari dari mana graduan itu dilahirkan.
Kewujudan kira-kira 500 kolej swasta dan IPTS di seluruh negara turut membuka peluang dan memberi alternatif kepada lulusan SPM untuk melanjutkan pengajian. Dalam suasana ekonomi yang perlahan tahun ini, kesan daripada kegawatan ekonomi global, kolej dan IPTS meningkatkan usaha dalam membuat tawaran kepada pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai jurusan.
Pasaran kerja yang semakin menguncup, menjadikan permintaan pelajar untuk menyambung pengajian meningkat. Untuk menarik minat pelajar, setiap IPTS berlumba-lumba dan bersaing menawarkan kursus yang dijalankan dengan kerjasama IPTA untuk memberi nilai tambah kepada ijazah yang bakal diperoleh pelajar.
Namun begitu, pelajar harus berhati-hati kerana memang wujud sesetengah IPTS yang menawarkan kursus tidak diiktiraf kerajaan. Sesetengahnya pula tidak mempunyai kemudahan lengkap sepertimana yang digembar-gemburkan dalam iklan menerusi media. Ada juga yang gagal menjaga kebajikan pelajar sepertimana yang dijanjikan termasuk menyediakan pembiayaan, perpustakaan serta asrama yang selesa.
Respons: Bukan kerana gahnya sesebuah IPTA
Kebakaran hutan musnahkan rumah agam di Santa Barbara
LOS ANGELES 7 Mei - Satu kebakaran tidak terkawal melanda Santa Barbara semalam, memusnahkan kira-kira 20 buah rumah di kawasan kaki bukit tengah California, memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah serta mencederakan tiga anggota bomba.
Kebakaran itu yang bermula di sebuah belukar kering kelmarin, dan sedang disiasat sebagai kes membakar dengan sengaja.
Kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 202 hektar kawasan dengan pemandangan menarik dan rumah-rumah agam berharga berjuta-juta dolar di Santa Barbara menjelang waktu senja semalam.
Menurut pihak berkuasa, kepulan asap hitam yang menyelubungi Santa Barbara, menyukar pihaknya untuk mengenal pasti berapa banyak rumah agam di pinggir bukit itu yang telah dijilat api, namun dipercayai sebanyak 20 buah rumah telah musnah.
Seluruh penduduk di kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bahaya ketika lebih 900 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang marak berikutan angin kencang dan kering di Santa Ana yang melalui ngarai curam dan adakalanya sukar dihampiri.
''Kita berada dalam keadaan darurat yang sangat ekstrem,'' kata jurucakap Jabatan Bomba Wilayah Santa Barbara, David Sadecki.
Katanya, kebakaran hutan itu sukar dikawal dengan kepanasan lebih 38 darjah Celcius dan angin kuat sehingga 80 kilometer sejam.
Pelajar teruja sertai Kelab Wartawan Muda
KUALA PILAH 5 Mei - Seramai 10 pelajar yang dipilih menyertai projek perintis Kelab Wartawan Muda berazam menjadikan pengalaman itu sebagai permulaan untuk mencipta karier dalam organisasi media.
Mereka yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Tuanku Muhammad di sini memberitahu, pendedahan berkaitan media cetak dan elektronik serta mendekati individu wartawan, jurufoto dan jurukamera secara dekat memberi banyak faedah.
Pelajar tingkatan 4, Amirul Azam Naim, 16 berkata, kerjaya wartawan sama ada media cetak mahupun elektronik kian mencabar dan peluang yang ada akan digunakan untuk mengasah bakat supaya suatu hari nanti dia terpilih menyertai bidang ini.
''Saya gembira apabila dipilih menjadi pelajar perintis dalam projek Kelab Wartawan Muda ini. Ini adalah peluang untuk saya terlibat secara serius, walaupun liputan sekadar di peringkat sekolah," katanya di sini hari ini.
Kesemua 10 pelajar itu hari ini diberi pendedahan cara penyampaian berita, rakaman visual, lintas langsung dan suasana bilik berita oleh ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN).
Mereka juga merupakan pelajar yang terpilih untuk menyertai Kelab Wartawan Muda peringkat Parlimen Kuala Pilah yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Hassan Malek, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di sekolah berkenaan esok.
SM Tuanku Muhammad akan menjadi pusat kecemerlangan wartawan muda bagi peringkat Parlimen berkenaan yang akan turut mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari para Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), selain ahli i-KWAN.
Sementara itu, Steafanie Andrew Kanthasamy, 16 pula memberitahu, dia teruja apabila diberitahu terpilih menyertai kelab berkenaan dan tidak sabar untuk belajar dan mendekati golongan profesional ini.
''Saya selalu menonton televisyen dan membaca akhbar. Hari ini saya lebih teruja kerana diberi peluang mendekati individu yang membuat berita dan melaporkan kejadian itu.
''Saya akan pelajari cara wartawan bekerja, masalah yang dihadapi, cabaran dan sebagainya. Ini adalah pengalaman baru kepada pelajar di sekolah ini," katanya.
Rakannya, Soraya Mohd. Ghazali berkata, selain mempelajari dunia kewartawanan, dia juga berpeluang untuk mengetahui berita terkini daripada pengamal media.
''Saya percaya, mula saat ini kita akan menghargai jasa wartawan. Saya tidak sabar untuk dibawa ke lokasi sebenar apabila tamat kursus dan bengkel yang disediakan Kelab Wartawan Negeri Sembilan," katanya.
Ratu Moral Cantik Arab Saudi
RIYADH 7 Mei - Meskipun wajahnya berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa parasnya, namun Sukaina Al-Zayer harus merasa bertuah kerana akan berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik.
Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini nanti.
Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Moral Cantik' dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa.
"Idea dalam pertandingan ratu cantik ini adalah untuk mengukur komitmen para peserta terhadap moral Islamik... ia adalah alternatif kepada pertandingan ratu cantik lain yang hanya mengambil kira rupa dan bentuk tubuh wanita," kata pengasas pertandingan, Khadra Al-Mubarak.
"Pemenang tidak semestinya cantik. Kecantikan yang kami utamakan adalah jiwa dan moral yang dimiliki seseorang," tambahnya.
Selepas pertandingan itu dibuka Sabtu lalu, kira-kira 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu berikutnya untuk mengikuti kelas dan kemudiannya diuji kuiz berasaskan tema 'meneroka kekuatan dalaman', 'pembentukan pemimpin' dan 'syurga di bawah telapak kaki ibu', seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang menitikberatkan sikap hormat kepada ibu bapa, yang juga antara perkara asas Islam.
Para peserta dalam pertandingan berkenaan juga akan menghabiskan masa sehari bersama ibu mereka di rumah untuk dinilai oleh para hakim wanita mengenai cara interaksi antara mereka, kata Khadra.
Pertandingan yang masuk tahun kedua ini mengalami peningkatan berbanding hanya 75 peserta yang mengambil bahagian pada tahun 2008. Ia dibuka untuk wanita berusia 15 hingga 25 tahun.
Juara dan naib naib juara yang akan diumumkan pada Julai depan akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,600 (RM9,360) dan AS$1,300 (RM4,680) setiap seorang di samping hadiah-hadiah iringan lain.
SANAH HELWA........MEI
NAQIB MD NAZAN
1 MEI 1990
NOR JANNAH NOR KHALID
1 MEI 1990
AWATIF HARUN
2 MEI 1989
FAQRURROZI ABDULLAH
5 MEI 1985
MOHD FERDAUS CHEEK
7 MEI 1986
AMINATUL SAHEERA CHE AN
9 MEI 1988
NUR AMALINA MOHD
9 MEI 1989
NOR JANNAH MOHAMMAD
11 MEI 1987
SUHANA OMAR
11 MEI 1987
NOORHAFILAH ABD HALIM
12 MEI 1986
MUHAMMAD MIQDAD MOHAMAD JAN
12 MEI 1988
SITI HAJAR SHAHID
14 MEI 1990
AHMAD NU'MAN AZLAN
16 MEI 1988
MOHD AFFIE ARIFIN
17 MEI 1984
FATIMAH AZZAHRA MOHD SAID
20 MEI 1988
ALIMAH HANIM AHMAD SHUKRI
20 MEI 1988
MUHAMAD ZULHAZMAN A.MOKHTI
22 MEI 1991
MOHD NAZRI MD NAYAN
23 MEI 1984
FAHRUL RAZI ABDUL RAZAK
23 MEI 1986
SITI BALQIS SHUHAIMIE
23 MEI 1987
MOHD MAKHZANI ABDUL RAHIM
23 MEI 1988
NUR KHAIRUL BARIYAH SAIDIN
24 MEI 1984
RUQHAIYAH ABD RAHMAN
25 MEI 1984
NAWAL OMAR
27 MEI 1982
MOHD NAZRI ISMAIL
27 MEI 1986
MEI
• kekerasan hati dan degil
• tidak perlu dimotivasikan
• fizikal yang baik
• kuat semangat dan bermotivasi tinggi
• tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
• kelemahan sistem pernafasan
• pemikiran yang tajam
• sangat manja dan mudah dipujuk
• suka sastera, seni dan muzik serta melancong
• mudah marah apabila tidak dikawal
• bersikap sistematik (otak kiri)
• tidak berapa suka duduk dirumah
• pandai menarik hati orang lain dan sangat menarik perhatian
• suka berangan
• tidak boleh duduk diam
• perasaan yang amat mendalam
• kuat daya firasat
• memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
• rajin dan bersemangat
• tinggi cantik dari segi mental dan fizikal
• bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
• agak boros
• mempunyai daya tarikan yang tinggi
• daya khayalan yang tinggi
• pemikiran tajam
• sering menjadi perhatian pandai berdebat
::SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI SERTA HIDUP DIDALAM KEBERKATAN ILAHI::