LAPORAN UNIT SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU (USMB) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG
24 SEPTEMBER 2009(KHAMIS) – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) telah menyambut baik ketibaan mahasiswa/wi baru yang datang ke Mesir dengan lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Pada mulanya kami diberitahu semua pelajar akan tiba pada tarikh 23 SEPTEMBER 2009 (RABU) sehari sebelumnya.Tetapi oleh kerana terdapat sedikit masalah,jadi terpaksa ditunda pada keesokkan harinya.
Kami bertolak dari Hayyu Sabeik pada jam 2.30pm dengan sebuah bas dan sampai di mator pada jam 3.30pm.Seramai 12 orang Ad-hoctermasuk 2 orang pemangku YDP BKPPPM Ustaz Ilya Farhan bin Che Mohd Ilyas dan pemangku Naib Pengerusi HEWI BKPPPM Ustazah Farilah bt Zahadi.Manakala seorang wakil daripada Badan Pengurus PMRAM yang turut terlibat iaitu Ustaz Jamal Najmudin Bin Sulaiman,seorang wakil daripada HEWI PMRAM Ustazah Nur Hidayah bt Che Yusof dan turut sama Unit Penerangan USMB PMRAM Ustazah…Alhamdulillah semuanya bejalan lancar seperti manayang dirancang.Tiada gangguan daripada pihak-pihak yang tidak diingini seperti yang berlaku pada beberapa BAKAN.
Seramai 20 orang mahasiswa/wi baru yang disambut termasuk 2 orang Pengiring yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)Ustaz Redhwan dan Ustaz Khairul Aman.Semua mereka terdiri daripada 9 orang ikhwah dan 11 orang akhwat.Tetapi kebanyakannya bukan berasal dari Pulau Pinang.
Seramai 3 orang pelajar berasal dari Negeri Perak, dua orang ikhwah dan seorang akhwat, seorang pelajar akhwat dari Negeri Kedah, dua orang pelajar ikhwah dari Sabah dan seorangpelajar akhwat dari Negeri Johor.Hanya tiga belas pelajar sahaja yang benar-benar berasal dari Pulau Pinang ditambah seorang pelajar akhwat Pulau Pinang yang datang dengan rombongan pelajar Negeri Perak.
LAPORAN HARI PENGETAHUAN & SILATURAHIM 2009(HPS09)
3 OKTOBER 2009 (SABTU) – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan satu program orentasi untuk mahasiswa dan mahasiswi baru yang berbentuk santai tetapi banyak pengisian ilmiah.Alhamdulillah walaupun ianya sedikit lari dari perancangan kerana terdapat sedikit kesilapan teknikal,tetapi ianya dikira berjaya .Program ini diberi nama Hari Pengetahuan Dan Silaturahim 2009 atau lebih dikenali dengan nama singkatannya HPS09.
Program ini berlangsung di asrama BKPPPM yang bertempat di Dewan Soleh Al-Masri.Program ini dirasmikan oleh seorang wakil PMRAM Ustaz Amaluddin bin Arshad.Program ini disertai oleh sembilanbelas orang peserta sembilan daripadanya akhwat dan bakinya adalah ikhwah.
Pada hari pertama program ini berlangsung, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, dua daripada ikhwah dan dua lagi daripada akhwat.Pada paginya, peserta diterangkan tentang fakulti-fakulti yang terdapat di disini.Pada tengah harinya pula, peserta didedahkan cara bagaimana untuk bermua’malah dengar penduduk Mesir.Untuk tidak menjemukan peserta, pada petangnya diadakan sedikit permainan yang menguji fizikal para peserta.Program berlangsung hingga ke malamnya yang diisi dgn diskusi kitab (هل أنت راض عن نفسك).
Hari keduanya pula, para peserta dikejutkan untuk berqiamullail secara berjema’ah dan selepas subuhnya diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Badan Pengurus (PMRAM) angkat BKPPPM Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman.Para peserta diterangkan pula tentang cabaran dan matlamat menuntut ilmu dimesir didalam slot For Show (FORUM & TALK SHOW).Selepas hampir setengah hari berprogram,peserta dibawa keluar oleh musyrif untuk melawat sekitar Al-Azhar.Pada malamnya pula peserta diberi peluang mengenali AJKT BKPPPM 09/10 dalam slot ramah mesra bersama AJKT BKPPPM.Pada slot itu juga, peserta dibentangkan tentang peraturan Hisbah, Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan Unit Bait Muslim (UBM).
Pada hari ketiganya pula, peserta dikejutkan untuk beqiamullail seperti hari sebelumnya, dan diisi subuhnya dengan tazkirah subuh oleh seorang wakil Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (HEWI) Ustazah Nur Hidayah Che Yusuf.Progaram diteruskan lagi dengan dengan slot Muhafazah yang menerangkan kepada peserta tentang cawangan-cawangan Universiti Al-Azhar di seluruh Mesir.Program diteruskan lagi dengan slot yang seterusnya, yaitu tayangan ilmiah.Petangnya peserta diuji dengan permainan Roda Ilmiah dan selepas Asarnya dibiarkan peserta berada dalam kumpulan masing-masing untuk persiapan malam penutup program HPS, Malam Kesenian dan Penyampain Hadiah.
Setelah tiga hari berprogram, Alhamdulillah mendapat natijah yang memuaskan.Walaupun letih, tetapi seluruh Ad-Hoc pelaksana berpuas hati dengan program ini.
PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membuat keputusan mengenai status 330 pelajar Malaysia di Universitas Andalas (Unand), Padang, Indonesia esok.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau akan membentangkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet esok, untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah berkenaan.
Katanya pihak pengurusan Universitas Andalas telah memanggil kesemua pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang perubatan pada 12 Oktober ini. "Walaupun telah dipanggil pulang, namun saya percaya mereka dalam proses untuk mengkaji dan menilai kemampuan untuk meneruskan pengajian di sana," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Industri 2009 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan pelajar Malaysia di Unand selepas dihantar pulang akibat gempa bumi yang melanda Sumatera Barat, Rabu lalu.
Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar berkenaan namun harus diakui bahawa perkara itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan melibatkan satu kaedah. Urusan pelajar berkenaan, katanya perlu diteliti secara mendalam kerana ia membabitkan pelbagai perbezaan dan latar belakang pelajar.
"Antara aspek yang dikenal pasti ialah ada antara pelajar itu yang ditaja oleh kerajaan manakala ada yang menggunakan biaya sendiri.
Penyelesaiannya bergantung sama ada kita dapat melakukan pemindahan kredit untuk mereka meneruskan pelajaran di universiti lain di Indonesia, atau di Malaysia. Kita juga kena lihat sama ada terdapat tempat kosong atau tidak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) negara ini," katanya.
Mohamad Khaled berkata, sebahagian besar pelajar itu juga telah membuat bayaran penuh untuk tahun ini kepada Unand dan mereka terpaksa menanggung beban kewangan yang agak tinggi jika ingin meneruskan pengajian di Malaysia berikutan bayaran yuran yang lebih mahal berbanding negara jiran. "Kita pun tahu bahawa sebahagian daripada kursus perubatan negara kita adalah lebih mahal, maka sudah tentulah para pelajar itu akan berdepan dengan masalah kewangan jika mendapat tempat untuk meneruskan pengajian dalam negara kerana perlu membayar semula yuran," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Khaled turut meminta agar sumbangan yang diberikan untuk mangsa gempa bumi itu turut disalurkan kepada supaya pelajar Malaysia yang terbabi.
"Kerana sikap pemurah rakyat Malaysia, kita telah mewujudkan pelbagai tabung, termasuk daripada kementerian sendiri dan saya merayu supaya dalam kita membelanja dan mengagihkan duit tabung itu, kita turut ambil kira dan jangan lupa bahawa pelajar kita juga merupakan mangsa kepada bencana itu.
"Mungkin sebagai ganti kepada apa yang telah mereka telah bayar kepada universiti, sama ada mereka diterima masuk ke universiti lain di Indonesia, kita guna (sumbangan) itu juga untuk membantu mereka supaya tak berdepan dengan masalah lain," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar IPTA atau IPTS yang didapati terlibat dengan sebarang kempen politik, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.
Katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. - Bernama
PARIAMAN (SUMATERA BARAT): Kira-kira 30 kanak-kanak yang sedang mengaji al-Quran di sebuah masjid adalah antara lebih 200 orang yang terkorban akibat tanah runtuh yang melenyapkan Kampung Lubuk Laweh Tandikek di sini dalam gempa bumi, Rabu lalu.
Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu tidak sempat menyelamatkan diri apabila sebahagian lereng Bukit Tandikek runtuh dan menimbus kampung kira-kira jam 6.30 petang. Beberapa penduduk yang terselamat berkata, kanak-kanak terbabit mengikuti kelas pengajian al-Quran yang diajar imam kampung berkenaan pada setiap hari sehingga waktu Maghrib. Norfadli Adi, 29, yang rumahnya terletak bersebelahan masjid berkenaan, berkata penduduk percaya kanak-kanak terbabit memasuki semula masjid itu tanpa menyedari tanah bukit berkenaan merekah akibat gempa, kira-kira sejam sebelumnya.
"Bukan saja mereka, malah semua penduduk tidak menyedari bukit itu akan runtuh selepas gempa bumi melanda. "Disebabkan itu, semua kembali masuk ke rumah selepas gempa bumi reda tanpa menyedari ia sebenarnya mencetuskan bencana lain," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang Rabu lalu, sebahagian bukit sepanjang kira-kira 1,000 meter itu runtuh selepas gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat.
Tanah dari bukit berkenaan yang membawa bersama pokok tumbang, melanda kampung itu dan melenyapkan keseluruhan kawasan berkenaan yang mempunyai lebih 50 rumah.
Hanya 15 penduduk kampung berkenaan sempat menyelamatkan diri manakala yang lain tertimbus dalam rumah masing-masing. Seorang lagi mangsa yang terselamat, Anisa Zulherman, 13, berkata adik lelakinya, Iqbal, 10, yang mengaji bersama kanak-kanak lain di masjid berkenaan bagaimanapun sempat melompat keluar ketika runtuhan berlaku.
"Iqbal hanya memberitahu dia melompat keluar dari masjid ketika runtuhan berlaku tapi enggan bercerita lanjut, mungkin kerana trauma dengan kejadian itu," katanya.
Katanya, keluarganya termasuk Iqbal kemudian segera melarikan diri ke kawasan selamat kerana takut ada lagi tanah runtuh.
Gempa bumi Rabu lalu turut meruntuhkan satu-satunya jalan masuk ke kampung berkenaan menyebabkan penduduk yang selamat serta pasukan penyelamat perlu berjalan kaki mengikut laluan mendaki dan menuruni bukit di dalam hutan sejauh kira-kira lima kilometer untuk sampai ke sana.
Bantuan daripada pasukan bomba Indonesia hanya mulai tiba kelmarin dengan anggota yang sangat terhad, manakala pembabitan daripada tentera belum kelihatan.
Pasukan elit Smart Malaysia yang membuat tinjauan di kawasan itu semalam turut memulakan operasi mencari mayat yang tertimbus, namun tiada mangsa ditemui dan operasi akan disambung hari ini.
Sehingga kini, jentera berat belum dibawa masuk oleh kerajaan Indonesia menyebabkan usaha mencari mangsa sangat perlahan kerana tenaga manusia saja tidak memadai untuk menggali tanah tebal dan mengalihkan pokok besar yang tumbang.
Ramli Ali, 46, yang kehilangan 17 ahli keluarga termasuk ibunya yang mendiami lapan rumah di tengah kampung itu, berkata kebanyakan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa tanpa bantuan jentera berat.
"Tanah sangat tebal dan kami tidak mampu menggali sendiri. Jentera berat perlu digunakan untuk menggali kawasan rumah sebelum kami boleh menggunakan cangkul mencari sendiri," katanya yang kesal kerana bantuan daripada kerajaan hanya ditumpukan di kawasan bandar. Difahamkan, beberapa kampung lain berhampiran kawasan itu turut mengalami nasib sama dengan angka korban keseluruhan mencecah lebih 400 orang. -beritaharianmalaysia-