LAPORAN UNIT SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU (USMB) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG
24 SEPTEMBER 2009(KHAMIS) – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) telah menyambut baik ketibaan mahasiswa/wi baru yang datang ke Mesir dengan lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Pada mulanya kami diberitahu semua pelajar akan tiba pada tarikh 23 SEPTEMBER 2009 (RABU) sehari sebelumnya.Tetapi oleh kerana terdapat sedikit masalah,jadi terpaksa ditunda pada keesokkan harinya.
Kami bertolak dari Hayyu Sabeik pada jam 2.30pm dengan sebuah bas dan sampai di mator pada jam 3.30pm.Seramai 12 orang Ad-hoc termasuk 2 orang pemangku YDP BKPPPM Ustaz Ilya Farhan bin Che Mohd Ilyas dan pemangku Naib Pengerusi HEWI BKPPPM Ustazah Farilah bt Zahadi.Manakala seorang wakil daripada Badan Pengurus PMRAM yang turut terlibat iaitu Ustaz Jamal Najmudin Bin Sulaiman,seorang wakil daripada HEWI PMRAM Ustazah Nur Hidayah bt Che Yusof dan turut sama Unit Penerangan USMB PMRAM Ustazah…Alhamdulillah semuanya bejalan lancar seperti mana yang dirancang.Tiada gangguan daripada pihak-pihak yang tidak diingini seperti yang berlaku pada beberapa BAKAN.
Seramai 20 orang mahasiswa/wi baru yang disambut termasuk 2 orang Pengiring yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)Ustaz Redhwan dan Ustaz Khairul Aman.Semua mereka terdiri daripada 9 orang ikhwah dan 11 orang akhwat.Tetapi kebanyakannya bukan berasal dari Pulau Pinang.
Seramai 3 orang pelajar berasal dari Negeri Perak, dua orang ikhwah dan seorang akhwat, seorang pelajar akhwat dari Negeri Kedah, dua orang pelajar ikhwah dari Sabah dan seorang pelajar akhwat dari Negeri Johor.Hanya tiga belas pelajar sahaja yang benar-benar berasal dari Pulau Pinang ditambah seorang pelajar akhwat Pulau Pinang yang datang dengan rombongan pelajar Negeri Perak.