LAPORAN HARI PENGETAHUAN & SILATURAHIM 2009(HPS09)
3 OKTOBER 2009 (SABTU) – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan satu program orentasi untuk mahasiswa dan mahasiswi baru yang berbentuk santai tetapi banyak pengisian ilmiah.Alhamdulillah walaupun ianya sedikit lari dari perancangan kerana terdapat sedikit kesilapan teknikal,tetapi ianya dikira berjaya .Program ini diberi nama Hari Pengetahuan Dan Silaturahim 2009 atau lebih dikenali dengan nama singkatannya HPS09.
Program ini berlangsung di asrama BKPPPM yang bertempat di Dewan Soleh Al-Masri.Program ini dirasmikan oleh seorang wakil PMRAM Ustaz Amaluddin bin Arshad.Program ini disertai oleh sembilanbelas orang peserta sembilan daripadanya akhwat dan bakinya adalah ikhwah.
Pada hari pertama program ini berlangsung, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, dua daripada ikhwah dan dua lagi daripada akhwat.Pada paginya, peserta diterangkan tentang fakulti-fakulti yang terdapat di disini.Pada tengah harinya pula, peserta didedahkan cara bagaimana untuk bermua’malah dengar penduduk Mesir.Untuk tidak menjemukan peserta, pada petangnya diadakan sedikit permainan yang menguji fizikal para peserta.Program berlangsung hingga ke malamnya yang diisi dgn diskusi kitab (هل أنت راض عن نفسك).
Hari keduanya pula, para peserta dikejutkan untuk berqiamullail secara berjema’ah dan selepas subuhnya diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Badan Pengurus (PMRAM) angkat BKPPPM Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman.Para peserta diterangkan pula tentang cabaran dan matlamat menuntut ilmu dimesir didalam slot For Show (FORUM & TALK SHOW).Selepas hampir setengah hari berprogram,peserta dibawa keluar oleh musyrif untuk melawat sekitar Al-Azhar.Pada malamnya pula peserta diberi peluang mengenali AJKT BKPPPM 09/10 dalam slot ramah mesra bersama AJKT BKPPPM.Pada slot itu juga, peserta dibentangkan tentang peraturan Hisbah, Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan Unit Bait Muslim (UBM).
Pada hari ketiganya pula, peserta dikejutkan untuk beqiamullail seperti hari sebelumnya, dan diisi subuhnya dengan tazkirah subuh oleh seorang wakil Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (HEWI) Ustazah Nur Hidayah Che Yusuf.Progaram diteruskan lagi dengan dengan slot Muhafazah yang menerangkan kepada peserta tentang cawangan-cawangan Universiti Al-Azhar di seluruh Mesir.Program diteruskan lagi dengan slot yang seterusnya, yaitu tayangan ilmiah.Petangnya peserta diuji dengan permainan Roda Ilmiah dan selepas Asarnya dibiarkan peserta berada dalam kumpulan masing-masing untuk persiapan malam penutup program HPS, Malam Kesenian dan Penyampain Hadiah.
Setelah tiga hari berprogram, Alhamdulillah mendapat natijah yang memuaskan.Walaupun letih, tetapi seluruh Ad-Hoc pelaksana berpuas hati dengan program ini.