Cara Obama dekati musuh AS

PRESIDEN Barack Obama kelmarin bertindak mempertahankan cara beliau "mengendalikan politik dunia". Sebagai tokoh yang menentang pendekatan keras oleh bekas Presiden George W. Bush, Obama berhujah tindakan itu mampu menjana semula imej baik Amerika Syarikat.

Presiden yang mahu membawa gaya baru kepada dasar luar AS itu menegaskan, kedudukan Washington akan bertambah kukuh dengan mendekati negara musuh. Beliau mahu memahami konflik serta bentuk "kebencian" negara-negara musuh terhadap AS dan menyelesaikannya tanpa menjejaskan dasar luar.

Bagi Obama, cara itu akan memastikan AS terus menjadi pemimpin dalam usaha mempromosikan demokrasi. Beliau tidak mahu Washington hanya sekadar bertindak sebagai "pensyarah" tetapi gagal dalam bentuk pelaksanaannya.Beliau tidak mahu AS terus diejek sebagai double standard dalam usaha mempromosikan demokrasi.
Doktrin dasar luar Obama iaitu "mahu mendekati negara musuh" direalisasikan menerusi lawatan pertama beliau ke Amerika Latin, kelmarin. Benua berkenaan merupakan rantau yang menyaksikan paling banyak 'negara musuh' bagi AS.
Diterajui oleh Cuba yang menjadi musuh tradisi, sikap membenci AS dipopularkan lagi oleh ketegasan Venezuela, Chile, Argentina, Bolivia dan Ecuador. Mereka melabelkan AS sebagai "empayar baru yang cuba meluaskan pengaruh" ke rantau berkenaan.

Tetapi kelmarin, sikap keras pemimpinpemimpin bersuara lantang Latin ternyata berubah. Pemimpin Venezuela, Hugo Chavez dan Presiden Cuba, Raul Castro menerima Obama dengan baik.Keadaan itu tidak mengejutkan. Chavez dan Castro telah menaruh keyakinan terhadap Obama dari awal-awal lagi iaitu ketika beliau berkempen untuk jawatan Presiden AS pada akhir tahun lalu. Kenyataan lembut Obama terhadap Amerika Latin turut meredakan kebimbangan mereka terhadap kerakusan dasar luar AS.

Harapan untuk menjalin hubungan lebih baik AS-Latin dipamerkan oleh mereka menerusi sambutan hangat kepada Presiden berkulit hitam pertama AS itu. Tiada kritikan atau cemuhan memalukan diberi kepada Obama. Ia amat berbeza berbanding Bush yang sebelum ini pernah mengunjungi beberapa negara Latin. Bush diberi pelbagai gelaran buruk.

Jika tempoh beberapa bulan ini boleh dijadikan ukuran, mungkin rakyat AS tidak tersilap memilih pemimpin. Obama ternyata menyukai pendekatan lembut.Baginya, rundingan dan dialog tidak akan menjatuhkan maruah AS. Negara itu tidak akan dilihat lemah hanya kerana sanggup "berbaik-baik" dengan negara-negara yang menjadi musuh tradisi seperti Venezuela, Cuba atau Iran sekalipun.

"Berjabat tangan atau berbicara sopan dengan Chavez tidak akan membahayakan kepentingan strategik AS," tegas Obama ketika mematahkan kritikan.Obama bijak menggunakan kesempatan. Ketika bertemu Castro, beliau meminta pemimpin Cuba itu membebaskan tahanan politik dan melakukan pembaharuan demokratik. Malah beliau turut meminta Castro untuk tidak mengenakan cukai ke atas wang yang disalurkan oleh rakyat AS berketurunan Cuba kepada keluarga mereka di negara komunis itu. Sebagai usaha mencapai status "menang-menang", Obama turut berikrar menghentikan beberapa sekatan ke atas Cuba. Hasilnya, Castro memberi maklum balas positif untuk usaha damai.

Sementara itu, hubungan baik dengan Venezuela akan menguntungkan AS. Negara keempat pengeluar minyak terbesar dunia itu pastinya tidak akan menghentikan eksport minyak ke AS jika Washington tahu menjaga hati Caracas.

Baca Lagi...

Anak ikut agama asal ibu bapa

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah,terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

"Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.

Baca Lagi...

75 terbunuh serangan bom di Diyala, Baghdad

BAGHDAD: Dua penyerang bunuh diri meletupkan bom dalam kejadian berasingan semalam menyebabkan 75 terbunuh, keganasan terburuk dalam tempoh lebih setahun di Iraq.

Satu serangan berlaku dekat Muqdadiya, 80 kilometer ke timur laut Baghdad, wilayah Diyala, mensasarkan sekumpulan warga Iran di sebuah restoran pada waktu tengah hari.
Seramai 47 maut manakala 67 lagi cedera, keganasan terburuk sejak 50 mati da-lam serangan di sebuah restoran dekat bandar Kirkuk, 11 Disember tahun lalu.

Letupan kedua di tengah Baghdad berlaku ketika sekumpulan anggota polis Iraq mengagihkan bantuan kepada keluarga yang hilang tempat tinggal sele-pas tentera Amerika Syarikat menawan kota itu pada 2003.Dalam kejadian itu 28 lagi terbunuh dan 50 cedera, lima kanak-kanak antara mangsa, kata polis.

Baca Lagi...

Respons: Penilaian baru jadikan tugas guru makin mencabar

JIKA segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, mulai tahun depan Kementerian Pelajaran akan melaksanakan sistem baru dalam membuat penilaian terhadap prestasi pelajar iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), bermula dengan murid tahun satu.

Menerusi sistem baru itu, prestasi pelajar bukan saja dinilai berasaskan peperiksaan, malah turut mengambil kira aspek rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu termasuk pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum. Matlamat kementerian adalah untuk mengubah sistem penilaian sekarang yang dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan kepada usaha untuk mencungkil potensi serta bakat pelajar dalam bidang dan kemahiran lain.

Penilaian berasaskan sekolah dari tahun satu hingga enam meliputi 70 peratus daripada markah keseluruhan, manakala baki 30 peratus lagi adalah menerusi peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada 2015. Di peringkat PMR pula markah penilaian berasaskan sekolah merangkumi 50 peratus dan baki 50 peratus lagi menerusi peperiksaan PMR. Sementara di peringkat SPM pula, 30 peratus adalah markah penilaian berasaskan sekolah dan 70 peratus lagi menerusi peperiksaan SPM.

Baca Lagi...

JAULAH AJKT BKPPPM 2009 MENDAPAT SAMBUTAN AHLI

29 Mac - 1 April 2009 – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) 08/09 telah mencatat satu lagi sejarah pada tahun ini kerana telah berjaya mengadakan jaulah AJKT 2009. Jaulah tersebut merupakan satu program tahunan bagi AJKT dan AJK HEWI BKPPPM. Tujuan jaulah tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara pihak kepimpinan dengan ahli yang berada di setiap muhafazah, untuk menziarahi ahli BKPPPM yang jarang pulang ke Kaherah kerana terlalu sibuk memberi komitmen terhadap program di DPM masing-masing, memberi kesempatan kepada kepimpinan dan ahli bermuhasabah terhadap segala gerak kerja dan pembawakan yang dijalankan oleh barisan kepimpinan sesi 2008/09 sepanjang separuh penggal pentadbiran BKPPPM pada tahun ini serta cadangan dan pandangan daripada ahli untuk memperbaiki segala kelemahan yang berlaku.

Jaulah AJKT pada tahun ini sangat bermakna bagi seluruh barisan kepimpinan kerana dianggarkan majoriti ahli BKPPPM yang berada di seluruh muhafazah hadir ke program tersebut yang diadakan di Markaz DPM dan di rumah ahli sendiri. Antara agenda ataupun tentatif sepanjang jaulah tersebut ialah tazkirah daripada AJKT / AJK HEWI angkat bagi setiap muhafazah, ucapan daripada Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi ( Mandub/ah ), ucapan wakil AJKT setiap DPM yang hadir, ucapan YDP BKPPPM 08/09, taaruf AJKT, sesi soal jawab, muhasabah dan cadangan, penyampaian cenderahati kepada AMPM dan wakil AJKT DPM, sesi fotografi dan jamuan. Bagi menarik minat ahli, pada tahun ini juga pihak kepimpinan mengadakan sedikit pembaharuan iaitu setiap AJKT dan AJK HEWI di perkenalkan oleh taakhi masing-masing bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua ahli tentang kepentingan bertaakhi yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika Baginda berhijrah ke Madinah.

Jaulah AJKT pada tahun ini bermula di muhafazah Iskandariah pada 29 Mac 2009, yang diadakan di Dewan Zajlatul Abidah, Markaz DPM Iskandariah pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula barisan kepimpinan mengambil kesempatan untuk menziarahi pelajar perubatan dibawah tajaan MARA yang belajar disana. Majlis tersebut diadakan di rumah Dr. Tengku Fakhruddin selaku Exco Perubatan Cawangan Iskandariah. Pada 30 Mac 2009, program diteruskan ke muhafazah Damanhur pada sebelah petang yang diadakan di rumah Ustaz Mohd Salimi Bin Ahmad dan pada sebelah malam pula di muhafazah Zaqaziq yang diadakan di Dewan DPM Zaqaziq. Pada 31 Mac 2009, muhafazah Mansurah menjadi destinasi seterusnya dan majlis tersebut diadakan pada sebelah petang di Dewan DPM Mansurah, Utubis Jadid. Muhafazah Tanta menjadi destinasi terakhir jaulah AJKT pada tahun ini, iaitu pada 1 April 2009. Majlis tersebut diadakan di Bait Izzah, DPM Tanta pada sebelah petang.

Pada tahun ini, jaulah AJKT ke DPM (MAQAZ) Shoubra, Dumyat dan Perubatan Kaherah tidak dapat dijalankan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan barisan kepimpinan akan mengambil kesempatan untuk menziarahi ahli yang berada di DPM tersebut pada cuti Fasa ke dua yang akan datang. Barisan kepimpinan BKPPPM pada tahun ini sangat berpuas hati dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh semua ahli terutamanya AMPM bagi setiap muhafazah yang bertungkus lumus didalam menjayakan program Jaulah AJKT 2009. Semoga komitmen yang diberikan oleh semua ahli pada tahun ini dapat diteruskan lagi pada tahun yang akan datang demi mengeratkan lagi ukhuwah diantara barisan kepimpinan dan sesama ahli demi menjaga kebajikan dan kesatuan yang telah dibina sejak sekian lama.

Baca Lagi...

Tarikh tawaquf program 6 April

30 Mac - PMRAM menetapkan tarikh bagi tawaquf program bagi peringkat PMRAM, semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi ialah pada 6 April 2009 bersamaan hari Isnin. Oleh itu, bermula pada tarikh tersebut, kesemua program pada peringkat PMRAM, BKAN dan DPM akan diberhentikan hingga berakhir peperiksaan bagi semua kuliah. Hanya program berbentuk motivasi dan kelas tutorial dibenarkan untuk dijalankan selepas tarikh tersebut.

Baca Lagi...

SANAH HELWA.......APRIL

MOHD RAZMAN MOHD RADZI
01-Apr-83
NURUL HAYATI MOHD AZMI
01-Apr-86
NURUL HUSNA AHMAD SANI
01-Apr-87
AZWAN AZMAN
01-Apr-89
MUHAMMAD AFIQ ABDUL NAJIB
02-Apr-86
FATIMAH ISHAK
05-Apr-85
MUHAMMAD HAFIZUDDIN RAMLI
05-Apr-90
NORASHIKIN ISHAK
07-Apr-84
NURUL HANIS ISMAIL
10-Apr-85
MUHAMMAD FITRI BUKHARI
11-Apr-86
MOHD SYAFIQ MOHD HAFIZUDDIN
11-Apr-89
MOHD MUNIR MOHD ALI
14-Apr-86
MOHAMAD BADRUL HISHAM MOHAMED
18-Apr-86
MOHAMAD FAIZ ABDUL JALIL
18-Apr-88
HASBL NIZAL ZAKARIA
23-Apr-84
MOHAMAD JAMIL NOOROLDZAMAN
25-Apr-86
FATHY NUR OTHMAN
29-Apr-87
MOHAMED HAZIM MOHAMED NORDIN
30-Apr-83
NADIA HANIM JAAFAR
30-Apr-86

APRIL

· sangat aktif dan dinamik
· try control the emotion
· cepat bertindak buat keputusan
· tetapi cepat menyesal
· kecenderungan
· bersifat dendam
· sangat menarik dan pandai manjakan diri
· agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
· punya daya mental yang sangat kuat
· kuat daya ingatan
· suka diberi perhatian
· gerak hati yang sangat kuat
· sangat diplomatik
(pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masaalah orang)
· pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
· sangat berani dan tiada perasaan takut
· berpenyakit disekitar kepala dan dada
· suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
· sangat cmeburu dan terlalu cemburu hingga ketahap merbahaya
· emosi cepat terusik

Selamat hari lahir kepada insan-insan yang bertuah di bulan April ini..............semoga segala amalan kita diterima Allah dan berkat di dunia dan akhirat.

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com