'ARB' TUBUH BANK UNTUK TUNAI HAJI

AMANAH Raya Berhad (ARB) akan menubuhkan institusi kewangan di beberapa negara Islam bagi menyediakan perkhidmatan menabung bagi menunaikan ibadat haji, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, satu perjanjian sudah ditandatangani antara ARB dan Bank Pembangunan Islam (IDB) bagi tujuan itu.


“Sehingga kini, tiga negara bersetuju menjalankan perkhidmatan itu...wang deposit yang dikumpul akan dilabur semula untuk menjana pendapatan dan memberi keuntungan kepada semua penyimpan.


“Tugas membawa penyimpan ke Tanah Suci pula diserahkan kepada Tabung Haji,” katanya selepas menyampaikan peruntukan membina surau baru Kampung Baru Tersusun Jelapang Jaya di Ipoh, semalam.


Menurutnya, usaha itu bertujuan memberikan perkhidmatan kepada negara Islam yang tidak mempunyai sistem dalam membawa jemaah haji negara mereka menunaikan ibadat haji.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com