MASJID TANAH: Sekumpulan nelayan dan penduduk yang berehat gempar apabila menemui objek disangka mayat bayi yang berbungkus kain putih terapung di permukaan sungai di Kampung Baru, Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.
Bagaimanapun, objek berkenaan ialah upih pinang diisi bunga serta bahan lain dan dibalut kemas dengan kain putih dengan lima ikatan bersimpul seperti mayat.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, beberapa nelayan yang berada di bangsal kehairanan kerana objek yang dibungkus seolah-olah kain kapan itu bergerak perlahan mudik ke hilir sungai.
Seorang daripada nelayan terbabit cuba mencapai objek berkenaan menggunakan kayu panjang, tetapi ia tersangkut di celah kayu pancang di dalam sungai sebelum ia dibawa naik ke atas tebing.
Nelayan, Mohd Nor Che Mat, 53, berkata bimbang objek di dalam bungkusan itu mayat bayi, dia meminta bantuan polis untuk mengesahkannya.
“Kami terkejut apabila mendapat tahu bahawa objek itu upih pinang yang diisi bunga serta bahan lain dan dibalut kain putih dengan lima ikatan bersimpul seperti mayat sebelum dihanyutkan ke sungai.
“Kami belum pernah menemui objek seperti ini dan terkejut dengan penemuan terbabit selain bimbang membukanya, kemungkinan ia mayat bayi,” katanya ditemui di sini.
Penduduk lain, Abu Zaid, 47, berkata dia percaya penemuan objek berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan perbuatan khurafat atau pemujaan.
RUPA-RUPANYA UPIH PINANG
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
August
(31)
- PIJAK BAPA TIRI
- QIRAAT PIKAT FINALIS AQ4
- PELAJAR LEMAS KETIKA PONTENG SEKOLAH
- SEOUL ANJUR LATIHAN KAPAL SELAM TERBESAR
- FLOTILA BANTUAN LEBIH BESAR AKAN DIHANTAR KE GAZA
- MELAYU PALING RAMAI HIDAP HIV/AIDS
- TINGKAT JUMLAH JANDA MUDA
- TIGA BAYI COMEL DITINGGALKAN
- WANITA TELAN TIGA TIUB HEROIN
- RUPA-RUPANYA UPIH PINANG
- BACOSOY MAMPU LAWAN KANSER
- PELAJAR PANIK
- MEREKA LAMBAI SERENTAK
- AYAM BETINA BERLAGAK SEPERTI PENGUIN
- TOPENG UNTUK TIDUR
- WARGA ARAB MAUT
- WARGA TUA DITETAK
- IBU JERUT DUA ANAK DENGAN WAYAR SETERIKA BEBAS
- JUARA OLIMPIK BANTU PELAYAR NEGARA
- TERLEBIH TIDUR HADAPI KARDIOVASKULAR
- TENTERA SIBER
- PAKISTAN BERDEPAN PENYAKIT
- AWAS PRODUK PALSU PENJAGAAN MATA
- 1490 DIPENJARA DI LUAR NEGARA
- BEKALAN AIR KRITIKAL
- AHLI MAJLIS MATI DIHENTAK BENDA KERAS
- LEMBU KACAU
- 'ARB' TUBUH BANK UNTUK TUNAI HAJI
- KAKAKKU PENYELAMAT
- KISAH RM25
- KASIH BAPA
-
▼
August
(31)