KUALA LUMPUR: Bacosoy, sejenis minuman berbentuk terapi tambahan yang menjalani kajian pembangunan produk sejak sembilan tahun lalu dan dikatakan mampu membantu melawan penyakit kanser, kini mula berada di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif YSN Perpatih Sdn Bhd, Abdul Wahab Mohd Ali, berkata produk yang turut mendapat reaksi positif dari Majlis Kanser Negara (Makna), adalah teknologi baru yang mampu membantu pesakit kanser melawan penyakit itu kerana ia mempunyai ciri terapi yang menyokong daya tahan badan.
Beliau berkata, produk berkenaan yang dipasarkan secara online bukan saja untuk pesakit kanser, malah sesuai diminum masyarakat umum kerana ia bukan ubat sebaliknya minuman tambahan yang juga mampu memberi kebaikan kepada pesakit darah tinggi, kencing manis, melancarkan penghadaman selain mengurangkan kolestrol dan meningkatkan daya ingatan.
“Buat masa ini, kami hanya memberi tumpuan untuk menjualnya secara online bagi memastikan tiada pembabitan orang tengah supaya ia dijual pada harga berpatutan selain sedang mencari stokis untuk penjualan setempat.
“Kami juga akan menjalankan kerjasama bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mendapatkan bekalan asas pembuatan minuman ini yang menggunakan bahan seperti soya, herba Brahmi, pisang abu, lemon dan kayu manis yang secara tidak langsung akan membantu pengusaha tani di negara ini,” katanya selepas pelancaran Bacosoy di sini, semalam.
Turut hadir, pengasas Bacosoy, Pakar Bioteknologi Tumbuhan yang juga Pengarah Research & Product Development Sdn Bhd, Dr Ismail Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Pengerusi Eksekutif YSN Perpatih Sdn Bhd, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha.
Abdul Wahab berkata, buat permulaan produk itu akan dipasarkan di dalam negara secara ‘online’ dan pelantikan stokis sebelum ia dikembangkan ke peringkat Asia sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.
Selain itu katanya, pihaknya juga akan menderma sebahagian jualan minuman itu kepada Makna sebagai membantu kira-kira 17,000 pesakit kanser yang bernaung di bawah organisasi itu sebagai sebahagian tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.
Sementara itu, Dr Ismail berkata produk yang dikajinya sejak 2001 itu dihasilkan daripada dua bahan utama terdiri soya dan brahmi iaitu sejenis herba yang terkenal di India sejak 4,000 tahun lalu dan pada asalnya diamalkan golongan Brahmin untuk menguatkan daya ingatan.
Katanya, namun sejak kebelakangan ini, herba berkenaan didapati menunjukkan ciri melawan kanser dan semua kajian ketika ini hanya di peringkat klinikal menyebabkan beliau mengambil satu langkah ke depan untuk membuat kajian secara serius sebelum menghasilkan produk berkenaan.
“Apa yang menjadikan minuman ini unik adalah ia melalui proses penapaian yang membuatkannya mempunyai kandungan enzim lebih banyak dan berkualiti di mana isoflavon yang terdapat dalam kacang soya itu mampu membantu meningkatkan daya tahan serta menjadi nutrisi penting dalam melawan kanser,” katanya.
Bacosoy boleh dipesan di laman web http://bacosoy.ysngemilang.com.my dan dijual RM6 bagi botol bersaiz 500ml dan RM10 (1 liter) setiap satu.
BACOSOY MAMPU LAWAN KANSER
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
August
(31)
- PIJAK BAPA TIRI
- QIRAAT PIKAT FINALIS AQ4
- PELAJAR LEMAS KETIKA PONTENG SEKOLAH
- SEOUL ANJUR LATIHAN KAPAL SELAM TERBESAR
- FLOTILA BANTUAN LEBIH BESAR AKAN DIHANTAR KE GAZA
- MELAYU PALING RAMAI HIDAP HIV/AIDS
- TINGKAT JUMLAH JANDA MUDA
- TIGA BAYI COMEL DITINGGALKAN
- WANITA TELAN TIGA TIUB HEROIN
- RUPA-RUPANYA UPIH PINANG
- BACOSOY MAMPU LAWAN KANSER
- PELAJAR PANIK
- MEREKA LAMBAI SERENTAK
- AYAM BETINA BERLAGAK SEPERTI PENGUIN
- TOPENG UNTUK TIDUR
- WARGA ARAB MAUT
- WARGA TUA DITETAK
- IBU JERUT DUA ANAK DENGAN WAYAR SETERIKA BEBAS
- JUARA OLIMPIK BANTU PELAYAR NEGARA
- TERLEBIH TIDUR HADAPI KARDIOVASKULAR
- TENTERA SIBER
- PAKISTAN BERDEPAN PENYAKIT
- AWAS PRODUK PALSU PENJAGAAN MATA
- 1490 DIPENJARA DI LUAR NEGARA
- BEKALAN AIR KRITIKAL
- AHLI MAJLIS MATI DIHENTAK BENDA KERAS
- LEMBU KACAU
- 'ARB' TUBUH BANK UNTUK TUNAI HAJI
- KAKAKKU PENYELAMAT
- KISAH RM25
- KASIH BAPA
-
▼
August
(31)