PUTRAJAYA - Juara Olimpik 2000, Belinda Stowell berkata, dia gembira dapat berada di Malaysia untuk berkongsi pengalamannya bersama pelayar negara ini, sepanjang Sekolah Pelayaran Monsoon yang berakhir di sini, semalam.
Stowell merupakan pelayar disegani selepas kejayaan merangkul pingat emas Olimpik Sydney dalam kelas 470, namun pengetua Sekolah Pelayaran Monsoon itu mengakui, dia hanya menjadi atlet yang lebih sempurna apabila turut berkongsi pengetahuannya bersama pelayar lain.
Jurulatih Institut Sukan Australia Barat itu adalah antara lima pelayar handalan yang menjadi tenaga pengajar untuk Sekolah Pelayaran Monsoon, sesi pembelajaran empat hari yang disertai oleh pelayar terbaik negara ini.
Selain Stowell, turut menjadi tenaga pengajar adalah Tessa Parkison (juara Sukan Olimpik 2008 dalam kelas 470), Torvar Mirsky dan Kinley Fowler dari pasukan Mirsky Racing, naib juara dalam siri World Match Racing Tour (WMRT) serta Brad Sheridan, jurulatih kebangsaan Singapura yang telah membantu negara itu meraih pingat emas Sukan Asia 2006.
"Saya sangat gembira dapat berada di Malaysia dan berkongsi pengalaman saya bersama pelayar-pelayar lain.
"Apa yang membuatkan saya lebih gembira adalah melihat kesungguhan peserta untuk belajar. Program empat hari ini agak intensif dan saya yakin semua pelayar ini mendapat manfaat daripada sekolah pelayaran,'' kata Stowell, pelayar wanita Australia pertama memenangi pingat emas Olimpik dalam kelas 470.
Seramai 25 pelayar Malaysia, 10 daripadanya pelayar kebangsaan yang dipilih oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), mengambil bahagian dalam Sekolah Pelayaran Monsoon. Turut terlibat adalah tiga pelayar Turki dan dua dari Filipina.
Diperkenalkan pada 2009 di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, Sekolah Pelayaran Monsoon merupakan gelanggang latihan paling sempurna buat mereka yang mahu beraksi dalam perlumbaan di Malaysia dan Piala Monsoon, perlumbaan yang berada dalam kalendar Kejohanan Match Racing Asia.
Semua pelayar menjalani latihan menggunakan kapal layar sebenar yang akan digunakan pada Piala Monsoon, di mana empat kapal layar F-36 didatangkan khas dari Terengganu ke Pusat Maritim Putrajaya, untuk digunakan sepanjang empat hari sesi berlangsung.
Sekolah Pelayaran Monsoon turut menampilkan kelas pembelajaran berbeza, daripada latihan di dalam air hinggalah kepada pertandingan melibatkan semua 30 pelayar.
JUARA OLIMPIK BANTU PELAYAR NEGARA
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
August
(31)
- PIJAK BAPA TIRI
- QIRAAT PIKAT FINALIS AQ4
- PELAJAR LEMAS KETIKA PONTENG SEKOLAH
- SEOUL ANJUR LATIHAN KAPAL SELAM TERBESAR
- FLOTILA BANTUAN LEBIH BESAR AKAN DIHANTAR KE GAZA
- MELAYU PALING RAMAI HIDAP HIV/AIDS
- TINGKAT JUMLAH JANDA MUDA
- TIGA BAYI COMEL DITINGGALKAN
- WANITA TELAN TIGA TIUB HEROIN
- RUPA-RUPANYA UPIH PINANG
- BACOSOY MAMPU LAWAN KANSER
- PELAJAR PANIK
- MEREKA LAMBAI SERENTAK
- AYAM BETINA BERLAGAK SEPERTI PENGUIN
- TOPENG UNTUK TIDUR
- WARGA ARAB MAUT
- WARGA TUA DITETAK
- IBU JERUT DUA ANAK DENGAN WAYAR SETERIKA BEBAS
- JUARA OLIMPIK BANTU PELAYAR NEGARA
- TERLEBIH TIDUR HADAPI KARDIOVASKULAR
- TENTERA SIBER
- PAKISTAN BERDEPAN PENYAKIT
- AWAS PRODUK PALSU PENJAGAAN MATA
- 1490 DIPENJARA DI LUAR NEGARA
- BEKALAN AIR KRITIKAL
- AHLI MAJLIS MATI DIHENTAK BENDA KERAS
- LEMBU KACAU
- 'ARB' TUBUH BANK UNTUK TUNAI HAJI
- KAKAKKU PENYELAMAT
- KISAH RM25
- KASIH BAPA
-
▼
August
(31)