BUKIT MERTAJAM 5 Ogos - Ketiga-tiga bayi comel ini dilahirkan sihat tanpa cacat dan celanya tapi malangnya kehadiran mereka di dunia ini seolah-olah tidak diingini.
Entah di mana silapnya, bayi-bayi yang tidak dipalit dosa itu ditinggalkan begitu sahaja oleh ibu masing-masing sebaik sahaja dilahirkan.
Malah, salah seorang daripada bayi itu yang dinamakan sebagai Mohamad Muaz ditinggalkan hanya beberapa minit selepas dilahirkan di sebuah klinik swasta di Juru, dekat sini pada 14 April lalu.
Dua lagi ialah bayi perempuan berusia tiga dan satu bulan yang masing-masing dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada 16 April dan 30 Jun lalu.
Sehingga hari ini, usaha untuk mengesan ibu kandung bayi-bayi berkenaan tidak berhasil malah waris yang berjaya dihubungi pula enggan bekerjasama.
Ketiga-tiga bayi malang itu kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, dekat sini untuk jagaan sementara.
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Tengah (SPT), Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, pihak hospital dan klinik berkenaan berusaha mencari keluarga kandung atau waris bayi terbabit sebelum ini tetapi gagal.
Menurutnya, salah seorang bayi berkenaan merupakan anak wanita tempatan dikenali sebagai Zainab Wa Daud yang beralamat di Kampung Ulu Tawar, Baling, Kedah manakala dua lagi dipercayai dilahirkan wanita warga asing iaitu masing-masing dari Indonesia dan Myanmar.
"Pada mulanya, pihak hospital berjaya menghubungi keluarga Zainab sebelum ini tetapi dimaklumkan bahawa mereka enggan mengambil bayi tersebut.
"Bayi itu kemudiannya diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut.
"Ibu kandung dua lagi bayi pula sehingga kini tidak dapat dikesan kerana mereka menghilangkan diri sebaik sahaja melahirkan anak masing-masing," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar itu bertujuan membuat hebahan bagi mengesan keluarga kandung ketiga-tiga bayi berkenaan.
Mohamad Zarir berkata, pihaknya hari ini mengambil ketiga-tiga bayi berkenaan daripada pihak hospital dan klinik berkenaan mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti.
Menurutnya, dua daripada bayi itu sebelum ini ditempatkan di Pusat Rawatan Kecemasan (ICU) HSJ kerana kelahiran pra matang tetapi kini sudah dilaporkan sihat oleh pegawai perubatan HSJ.
"Bayi berkenaan akan ditempatkan di pusat jagaan sementara selama 30 hari dan jika tiada ibu kandung atau waris mengambil mereka, pihak JKM akan menempatkan ketiga-tiga bayi itu kepada keluarga angkat mengikut Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001," tambahnya.
TIGA BAYI COMEL DITINGGALKAN
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
August
(31)
- PIJAK BAPA TIRI
- QIRAAT PIKAT FINALIS AQ4
- PELAJAR LEMAS KETIKA PONTENG SEKOLAH
- SEOUL ANJUR LATIHAN KAPAL SELAM TERBESAR
- FLOTILA BANTUAN LEBIH BESAR AKAN DIHANTAR KE GAZA
- MELAYU PALING RAMAI HIDAP HIV/AIDS
- TINGKAT JUMLAH JANDA MUDA
- TIGA BAYI COMEL DITINGGALKAN
- WANITA TELAN TIGA TIUB HEROIN
- RUPA-RUPANYA UPIH PINANG
- BACOSOY MAMPU LAWAN KANSER
- PELAJAR PANIK
- MEREKA LAMBAI SERENTAK
- AYAM BETINA BERLAGAK SEPERTI PENGUIN
- TOPENG UNTUK TIDUR
- WARGA ARAB MAUT
- WARGA TUA DITETAK
- IBU JERUT DUA ANAK DENGAN WAYAR SETERIKA BEBAS
- JUARA OLIMPIK BANTU PELAYAR NEGARA
- TERLEBIH TIDUR HADAPI KARDIOVASKULAR
- TENTERA SIBER
- PAKISTAN BERDEPAN PENYAKIT
- AWAS PRODUK PALSU PENJAGAAN MATA
- 1490 DIPENJARA DI LUAR NEGARA
- BEKALAN AIR KRITIKAL
- AHLI MAJLIS MATI DIHENTAK BENDA KERAS
- LEMBU KACAU
- 'ARB' TUBUH BANK UNTUK TUNAI HAJI
- KAKAKKU PENYELAMAT
- KISAH RM25
- KASIH BAPA
-
▼
August
(31)