SYRIA BERSEDIA JIKA ISRAEL LANCAR PERANG

BEIRUT 25 Mac - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, Damsyik sudah bersiap sedia jika Israel melancarkan perang berikutan ketegangan di rantau itu yang terus memuncak.

"Kami berhadapan dengan musuh yang sehingga hari ini ia tidak memahami apa-apa kecuali melalui tindakan ketenteraan dan jelas bahawa keamanan di wilayah ini tidak akan wujud," kata Bashar dalam temuramah dalam bahasa Arab bersama televisyen Al-Manar milik Hezbollah, semalam.

Kenyataan itu dibuat ketika meningkatnya ketegangan di rantau berkenaan berikutan ancaman Israel ke atas pejuang parti Syiah Hezbollah yang mendapat sokongan dari Syria dan Iran.

Kata Bashar, perhatian kini apa yang beliau disifatkan sebagai sebuah 'negeri tanpa perang dan tanpa perdamaian,' akan mengetuai gerakan sama ada melancarkan peperangan atau berdamai.

"Adakah kami boleh berharap dengan kerajaan Israel? Tidak! Tetapi kami percaya yang Israel tidak ada pilihan lain kecuali perdamaian," katanya.

"Tetapi bila perang dilakukan ke atas kamu, kamu membayar perang itu tanpa menghiraukan keseimbangan kuasa," tegasnya.

Pada 2008, Turki secara tidak langsung telah menjadi perantara dalam perbincangan damai tidak resmi antara Israel dan Syria yang berakhir dengan kegagalan apabila Israel melancarkan serangan ketenteraan dan menghancurkan Gaza.

Pada Disember 2009, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang menolak mentah-mentah perbincangan dengan Syria melalui perantaraan Turki, tiba-tiba meminta untuk mengadakan perbincangan terus di Damsyik dan Baitulmaqdis.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan awal bulan ini berkata, Israel telah mula menunjukkan minat untuk menerima Turki sebagai perantara bagi menghidupkan semula perbincangan perdamaian.

Baca Lagi...

OSAMA ANCAM BUNUH WARGA AS

KAHERAH 25 Mac - Osama bin Laden mengancam untuk membunuh mana-mana warga Amerika Syarikat sekiranya negara kuasa besar itu melaksanakan hukuman mati ke atas 'dalang' serangan 11 September 2001.

Dalam mesej audio terbaru yang disiarkan dalam Al-Jazeera hari ini, Osama menegaskan sekiranya AS menjatuhi hukuman mati ke atas Khalid Sheik Mohammed, ia juga adalah 'hukuman mati' ke atas mana-mana rakyat AS yang ditangkap al-Qaeda.

Baca Lagi...

SEKS GEREJA MEREBAK KE AS

WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.

Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan.

Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri.

Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu.

Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya.

Baca Lagi...

TIGA BERADIK TERBELA


ALOR SETAR 25 Mac - Setelah setahun tidak bersekolah, nasib tiga beradik yang kematian ibu akibat barah dan ditinggalkan oleh bapa tanpa berita akhirnya terbela apabila ada pihak yang membantu untuk menyekolahkan mereka semula.

Bantuan itu dihulurkan kepada Mohd. Redzuan Fikri Abdul Razak, 14, dan dua adik lelakinya, Mohd. Aiman, 13 serta Mohd. Khuzaimi, 11, dari Kampung Alor Pulai, Kuala Kangkung oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

GPMS akan membantu memasukkan ketiga-tiga beradik itu ke sekolah manakala JKM Kedah pula menghulurkan bantuan bulanan sebanyak RM100 sebagai bayaran persekolahan.

Sebelum ini, Mohd. Redzuan, Mohd. Aiman dan Mohd. Khuzaimi tidak bersekolah kerana kesempitan hidup.

Hanya seorang lagi adik mereka, Nur Athirah, 8, yang masih belajar dalam Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, Kangkong dekat sini.

Kesemuanya kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka di Kampung Alor Pulai, sejak Mei tahun lalu.

Ibu mereka, Siti Ubudiah Hashim, 39, yang menderita barah kerongkong meninggal dunia pada September tahun lalu dan sejak itu bapa mereka didakwa tidak mengambil peduli mengenai hal persekolahan.

Nenek mereka, Esah Hamid, 62, memberitahu, sejak ibu mereka sakit, hanya adik bongsu kepada tiga beradik itu, Nur Athirah yang bersekolah disebabkan kekangan kewangan.

"Saya hanya ke sawah dan suami cuma bertugas sebagai Siak di masjid kampung ini.

"Pendapatan kami tidak menentu, sekitar RM200 sahaja setiap bulan, tambahan pula kami berdua sudah tua dan dengan kudrat yang tidak seberapa ini, kami gagahkan diri untuk menjaga empat orang cucu kami," katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini hari ini.

Menurut Esah, dia memang risau memikirkan masa depan ketiga-tiga cucunya yang tidak dapat meneruskan persekolahan mereka.

"Mereka duduk di rumah pun asyik bermain namun kadang-kadang Mohd. Redzuan akan belajar sendiri.

"Saya ingin sangat melihat kesemua mereka pergi ke sekolah kembali demi masa depan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim yang melawat keluarga itu hari ini berkata, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Pelajaran Kedah untuk menempatkan kembali ketiga-tiga beradik tersebut ke sekolah.

"Ketiga-tiga mereka akan ditempatkan di Sekolah Model Khas Jenun, Pendang yang mempunyai asrama.

"Di sekolah tersebut, ada sekolah rendah dan menengah, jadi ketiga-tiga mereka tidak terpisah dan boleh saling membantu di asrama.

"Pihak JKM Kedah juga telah bersetuju memberi bantuan bulanan sebanyak RM100 kepada mereka untuk digunakan untuk tujuan persekolahan," katanya.

Selain itu, katanya, pihak GPMS akan memantau pelajaran ketiga-tiga beradik ini bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Baca Lagi...

MALAYSIA EKONOMI DUNIA KE-27 PALING BERANGKAIAN

MALAYSIA adalah ekonomi dunia ke-27 yang paling berangkaian dan teratas di kalangan negara bukan berpendapatan tinggi.

Dalam Laporan Teknologi Maklumat Global 2009-2010 yang dikeluarkan semalam oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia disenaraikan di kedudukan keenam di Asia selepas Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.
Laporan itu memuji kerajaan Malaysia sebagai pendahulu, dengan kedudukan membanggakan bagi kesediaan (ke-11) dan penggunaan (ke-12). “Kedua-dua keputusan ini mendorong kedudukan Malaysia, iaitu tempat ke-11 bagi komponen kesediaan dan tempat ke-12 bagi penggunaan kerajaan. Malaysia mencatatkan kedudukan kurang baik pada komponen prasarana (ke-51) dan penggunaan individu (ke-46),” kata laporan itu.

Baca Lagi...

2 LETUPAN DI BANGUNAN KERAJAAN

BANGKOK: Thailand mengetatkan lagi kawalan keselamatan selepas dua lagi letupan mengenai bangunan kerajaan, insiden terbaru dalam beberapa siri serangan kecil sejak bantahan antikerajaan meletus bulan ini.
Perhimpunan dilancarkan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu menyebabkan kerajaan terpaksa membuat kerahan keselamatan besar-besaran termasuk mengenakan kawalan ketat ke atas bangunan Parlimen yang mencetuskan boikot pembangkang. Pihak berkuasa berkata letupan baru yang melanda dewan wilayah di pinggir utara ibu kota dan sebuah bangunan kerajaan di barat ibu kota kelmarin, dilakukan di kawasan yang kurang diawasi oleh anggota keselamatan.

“Kami perlu membuat perubahan terhadap operasi kami bagi membendung serangan,” kata Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban kepada media di parlimen, sambil menambah beliau sudah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.

“Laporan perisikan berkata mereka mahu mencetuskan kekacauan bagi menunjukkan kerajaan tidak dapat mengawal situasi, namun saya mahu memberi jaminan kepada rakyat Thailand bahawa keadaan kini terkawal,” katanya.

Letupan itu, menyusuli lapan letupan kecil sejak bantahan bermula 14 Mac lalu, menyebabkan kerosakan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kebanyakan insiden membabitkan bom tangan, namun polis yang menyiasat letupan dewan wilayah berkata mereka percaya ia adalah peralatan letupan TNT.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva Selasa lalu melanjutkan undang-undang ketat keselamatan yang dikuatkuasakan bagi menangani demonstrasi itu, terutama di Bangkok dan daerah berhampiran untuk tambahan seminggu lagi ketika penunjuk perasaan baju merah berazam untuk melakukan tindakan baru.

Ahli Parlimen pembangkang Puea Thai memboikot parlimen buat hari kedua semalam bagi membantah langkah tegas termasuk halangan konkrit dan wayar tajam mengelilingi bangunan serta ribuan tentera dan polis yang mengawal bangunan itu.

Presiden Senat, Prasobsuk Boondej, juga mengkritik kehadiran tentera sebagai satu tindakan melampau dan berkata sesetengah Senator menghadapi masalah memasuki bangunan terbabit.

Abhisit, yang berkata langkah itu bertujuan mencegah berulangnya rampasan ke atas Parlimen pada 2008, menolak dakwaan pembangkang bahawa tindak balas itu adalah ‘satu versi rampasan’.

Tentera dan polis “tidak datang untuk merampas kuasa, mereka mahu memastikan kita dapat meneruskan tugas, malah mereka melindungi demokrasi,” kata Perdana Menteri di Parlimen.

Baca Lagi...

KEMPEN PADAM LAMPU ESOK


KUALA LUMPUR: Kempen padamkan lampu, Earth Hour akan kembali lagi serentak di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia jam 8.30 malam, esok.

Walaupun hanya sejam, usaha Tabung Alam Sedunia (WWF) menjadikan Sydney sebagai bandar raya perintis tiga tahun lalu mendapat maklum balas memberangsangkan hingga menjadi ikutan negara lain.
Di negara ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mengumumkan penggunaan tenaga elektrik jatuh 550 megawatt (mw) bersamaan 14 juta mentol kalimantang berkuasa 40watt setiap satu pada kempen tahun lalu. Sedar atau tidak, Earth Hour yang secara simbolik menyatakan sokongan padu terhadap usaha menangani perubahan cuaca akibat pemanasan global menjadi pencetus kesedaran sejagat.

Dijangka masyarakat tempatan tidak kira di ibu negara atau ceruk kampung turut bersama menyokong kempen diilhamkan WWF berikutan sokongan ditonjolkan menerusi laman sosial terutama Facebook (FB).

Jika pada 2009, dianggarkan enam juta penduduk Malaysia menyertai Earth Hour, pastinya kali ini lebih ramai menyahut seruan ditambah kesedaran setiap individu mengekalkan kehijauan bumi.

Isu perubahan cuaca yang menjadi kebimbangan seluruh penduduk dunia turut memberi inspirasi kepada sektor korporat, hotel dan pusat beli-belah memadamkan lampu esok selain menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan kempen.
Antaranya Kumpulan IOI Berhad (Kumpulan IOI), Ikea Malaysia, YTL Corporation, Sunway Pyramid, HSBC Bank Malaysia Berhad, Kumpulan Hotel Pan Pacific (Parkroyal KL, Pan Pacific KLIA dan Parkroyal Penang) dan Hotel Hilton Petaling Jaya.

Inisiatif yang nyata memberi impak biar hanya sejam suis lampu dipadam mensasarkan pembabitan satu bilion manusia di kota seluruh dunia dan kita selaku warga bumi wajar memberi sokongan sebagai tanda keprihatinan sejagat.

Tahun lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menyokong inisiatif bergelap (di lokasi tertentu), diharap kali ini lebih banyak PBT serta agensi kerajaan lain turut mencontohi pihak berkenaan.

Seperti dimaklumkan WWF, biarpun hanya sejam bergelap, kita mengurangkan pemanasan global daripada penggunaan bahan api fosil yang mewujudkan bekalan elektrik dan jika seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen ini, bayangkan berapa banyak bahan itu dapat dikurangkan.

Baca Lagi...

MAYAT BAYI PUTUS TANGAN DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata bayi malang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaanya yang masih bertali pusat. "Bayi lelaki itu dipercayai dibuang di kawasan sekitar kawasan timbunan sampah tersebut sejurus dilahirkan pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Baca Lagi...

ZULFADLI KETUAI KEMARAAN SKUAD REMAJA

ZULFADLI Zulkifli mengetuai kemaraan pemain remaja negara memburu gelaran Kejohanan Badminton Remaja Asia ke peringkat seterusnya selepas cemerlang mengatasi dua pemain Korea.
Pada pusingan kedua sebelah pagi semalam, Zulfadli menewaskan Kang Ji Wook 21-17, 13-21, 21-12 sebelum menyingkir Lee Honh Je 21-6, 21-18 untuk meneruskan aksi pusingan keempat berdepan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub untuk memburu tempat ke suku akhir pada sebelah petang.

Loh Wei Sheng, Goh Giah Chin dan Lim Yu Sheng turut mara ke pusingan keempat.

Dalam pada itu, hanya Sonia Cheah melangkah ke pusingan keempat perseorangan wanita selepas menyingkir pemain Korea Selatan Kang Ga Hee 21-13, 21-13 di pusingan ketiga, selepas dia mempamerkan aksi cemerlang membelasah pemain Vietnam, Pham Nhu Thao di pusingan kedua pada sesi pagi.

Kecemerlangan Sonia gagal disusuli tiga lagi pemain, Yang Li Lian, Ng Sin Er dan Lim Yin Fun yang tewas kepada lawan masing-masing.

Sementara itu, tiga beregu lelaki Ow Yao Han/Yew Hong Kheng, Teo Ee Yi/Nelson Heg dan Lim Chun Ming/Low Juan Shen beraksi di pusingan ketiga pagi ini dijangka mampu melangkah ke suku akhir pada sebelah petang.

Beregu wanita pula hanya dua wakil negara meneruskan cabaran ke pusingan ketiga, iaitu Yang Li Lian/Sonia Cheah dan Lai Pei Jing/Shevon Lai akan beraksi di pusingan ketiga pagi ini.

Li Lian/Sonia menewaskan pemain Thailand, Kititharakul Chonthicha/Phetmaneelumkha Rassanan 21-18, 21-16 manakala Pei Jing/Shevon menundukkan pemain Uzbekistan, Pakina Mariya/Ahmadjonova Surayyo 21-4, 21-6.

Yao Han yang berganding dengan Pei Jing dalam beregu campuran turut melangkah ke pusingan ketiga diiringi Jani Sant Enos/Erica Khoo.

Baca Lagi...

9 KUBUR DIGALI UNTUK CARI SENJATA,BOM

ABHA: Sembilan kubur di Tanah Perkuburan Raja Faisal di Kampung al-Wadeyaeen, Asir, digali semula selepas lokasi itu disyaki menjadi tempat menyembunyikan senjata dan bom, semalam.
Sebuah jawatankuasa khas membabitkan polis, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan terbabit dalam operasi itu.

Bagaimanapun, apabila kubur itu selesai digali 20 petugas, mereka tidak menemui apa-apa kecuali tulang dan rangka manusia.

Operasi itu dijalankan selepas beberapa orang membuat aduan apabila mendapati kubur itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Sumber berkata, mereka hairan kerana ada 21 kubur baru dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Sesetengah kubur itu tidak diletak batu nisan dan tidak menghadap kiblat,” katanya.

Baca Lagi...

ARAK,DADAH SENJATA BARU ZIONIS

JAKARTA: Israel kini mengubah taktik dalam usaha menghapuskan warga Palestin dengan mengedarkan minuman beralkohol dan dadah ke Palestin.
Mufti Jericho yang juga Timbalan Mufti Besar Palestin Muhammad Abo Alrob, berkata Zionis tidak berhajat menjadikan umat Islam sebagai golongan Nasrani atau Yahudi, sebaliknya cuma mencemar akhlak mereka.

Justeru, katanya, Israel mengedarkan minuman beralkohol dan dadah dengan mensasarkan pemuda Palestin sebagai sasaran utama, “Selain mampu mengganggu anak muda, semangat perjuangan Palestin membebaskan negara dan Masjidil Aqsa dapat dilumpuhkan,” katanya pada ceramah umum di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, semalam.

Beliau menyampaikan penjelasan bertajuk Ancaman Semasa Terhadap Tempat Suci Di Palestin.

Kata Muhammad, jika perancangan Yahudi itu berjaya, mereka semakin mudah menguasai umat Islam Palestin yang kini gigih berjuang membebaskan negara sendiri.

Jika tidak dihalang, katanya, Palestin akan terus menjadi isu yang membimbangkan umat Islam seluruh dunia.

“Ketika ini warga Palestin perlukan sokongan semua pihak, terutama untuk mempertahankan tempat suci di situ,” katanya.

Baca Lagi...

CALON GABENOR EDAR DADAH

BUTUAN (Filipina): Polis menahan seorang calon gabenor pilihan raya Mei ini dalam operasi memburu ahli politik yang terbabit dalam jenayah.
Ketua Polis Mindanao, Superintendan Kanan Gilbert Cruz berkata, calon bebas, Ruperto Eludo Deguino ditahan atas dakwaan menjual dadah kepada perisik polis di Surigao, Mindanao.

Polis merampas serbuk putih dipercayai dadah metamfetamin haidroklorik, wang yang sudah ditanda, dadah parafernalia dan juga penimbang berat digital dalam serbuan itu.

Deguino, ahli perniagaan dan anggota satu keluarga ternama wilayah itu bertanding untuk merebut kerusi Gabenor Surigao del Norte.

Ketua Agensi Antidadah, Dionisio Santiago sebelum ini berkata, politik narkotik kini menjadi masalah besar di Filipina dengan calon membiaya kempen mereka dengan menggunakan wang hasil jualan dadah.

Jumlah hasil pengedaran dadah di negara itu berjumlah antara AS$6.4 bilion (RM21.24 bilion) hingga AS$8.4 bilion (RM27.87 bilion) setahun.

Baca Lagi...

2 LAGI BOM LEDAK BANGKOK

BANGKOK: Tahap keselamatan Thailand dipertingkatkan semalam, selepas dua lagi letupan terkena bangunan kerajaan dalam serangan baru kumpulan antikerajaan.
Pihak berkuasa berkata, letupan terbaru itu mengenai dewan umum di utara Bangkok dan bangunan kerajaan di bahagian barat ibu negara Thailand itu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, berkata operasi keselamatan negara itu terpaksa diubah suai bagi mengekang serangan seumpama itu.

“Laporan risikan mendakwa, kumpulan antikerajaan mahu mencetuskan huru-hara bagi menunjukkan kerajaan gagal mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, saya memberi jaminan keadaan masih terkawal,” katanya semalam.
Sejak hujung minggu lalu, kumpulan Baju Merah meningkatkan tekanan mendesak Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Kerajaan turut mengerah anggota keselamatan meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang ancaman.
Bangunan parlimen juga dikawal ketat sehingga pembangkang memboikot persidangan.
Letupan semalam adalah yang terbaru selepas lapan serangan sama dilakukan sejak protes bermula 14 Mac lalu.

Letupan di dewan umum itu menyebabkan lubang sedalam 20 sentimeter.

Baca Lagi...

3 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN AWAL PAGI

BALING: Lapan orang daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah dua tingkat yang mereka diami hangus dalam kebakaran di Kampung Sisik Lantai, Kuala Ketil, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, kesemua penghuni hanya sempat menyelamatkan diri selepas menyedari rumah mereka terbakar.

Seorang mangsa, S Saravana, 37, berkata dia tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi percikan api dan terus keluar dari rumah dan meminta bantuan jiran. "Mujurlah kedua ibu bapa saya tiada di rumah kerana mereka menghadiri majlis pengebumian saudara kami di Ipoh," kata beliau.

Seorang lagi mangsa Nadhira Ibrahim, 48, pula gagal menyelamatkan harta benda rumahnya kerana sibuk membantu memadamkan api rumah jirannya itu.

Beliau yang tinggal bersama ibunya Aminah Abdullah, 73, berkata rumahnya turut hangus apabila api dari rumah Saravana itu merebak dengan cepat.

"Pada mulanya saya turut membantu untuk memadam api rumah Saravana tetapi kemudian rumah saya sendiri terbakar kerana api terus merebak," katanya.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Abdul Kudus Abdul Malik, berkata bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke beberapa buah rumah berdekataan dalam tempoh 20 minit.

Katanya, sebanyak lapan anggota dengan dua buah kenderaan bekejar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 6 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Baca Lagi...

'PAK CIK PANIK'

KOTA BHARU: “Pak cik tak mampu berkata-kata dan panik sebaik mendengar berita buruk itu apabila adiknya, Mohd Zulaidi, 38, menghubungi kami di rumah kira-kira jam 11 pagi,” kata Jusof Yasin, 62, bapa Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, yang terbunuh apabila pesawat Pilatos PC-7 Mark II dikendalikannya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, jam 10.15 pagi semalam.
Menurut Jusof, arwah anak sulung daripada sembilan beradik berhasrat menjadi juruterbang ketika belajar di sekolah rendah sehingga mula berkhidmat dengan tentera pada 1992.

“Ketika itu, saya pernah berpesan kepadanya kalau ingin menjadi tentera biar pangkatnya lebih tinggi daripada saya.

“Hasratnya tercapai untuk menjadi seorang juruterbang, tapi apakan daya dia pergi jua,” katanya sedih. Jusof berkata, arwah disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin dan pemergiannya amat ditangisi mereka sekeluarga. Katanya, berita sedih menimpa arwah dimaklumkan Mohd Zulaidi yang ketika itu berada di Johor Bharu.

“Mohd Zulaidi memberitahu abangnya (arwah) terjatuh ketika memandu pesawat berkenaan. “Isteri, Limah Hassan, 59, terkejut kerana tidak menduga kejadian itu menimpa anak sulung kami,” katanya.

Baca Lagi...

MAYAT LELAKI DALAM SEMBILAN LAPISAN PLASTIK

KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki yang dipercayai sudah dibunuh tiga hari ditemui dalam keadaan dibungkus dengan sembilan lapisan plastik pembalut di tebing longkang.
Difahamkan, mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu berlumuran darah kesan tikaman di belakang kepala dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.


Mayat mangsa yang berbalut plastik tebal itu ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah loji najis di Taman Bersatu Rawang di sini, sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima laporan orang ramai jam 5.50 petang semalam.

“Polis terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkat mayat daripada tebing longkang berkenaan.

“Siasatan pasukan forensik mendapati terdapat terdapat kesan tetakan di belakang kepala mangsa sepanjang satu setengah inci dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia tiga hari lalu,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Baca Lagi...

16 KENDERAAN DIHEMPAP POKOK


KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir kira-kira jam 5 petang semalam mengakibatkan 16 kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta awam di dua kejadian berasingan di ibu kota, rosak dihempap pokok, petang semalam.

Selain itu, beberapa jalan utama sesak akibat dihalang rimbunan pohon tumbang yang menghalang lalu lintas selain keadaan menjadi lebih buruk apabila kebanyakan warga kota keluar pejabat.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua kejadian berkenaan. Di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, lapan kereta remuk hampir 80 peratus selepas semua kenderaan di tempat meletak kereta awam itu dihempap beberapa pokok dalam tiga kejadian di situ.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.30 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, sebuah jentera dengan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga tempat berasingan di Seksyen 1, Wangsa Maju yang membabitkan lapan kenderaan dalam kejadian pokok tumbang ini.

“Kami sudah melakukan kerja pembersihan, memotong serta mengalihkan pokok daripada kenderaan yang dihempap,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Baca Lagi...

AYAH PENGACAU

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.


“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.


“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.


Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.


“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.


Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.


Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.


Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.


“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.


“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.

Baca Lagi...

RIBUT PASIR MENUJU KOREA


GAMBAR menunjukkan perbezaan cuaca sebelum dan ketika Beijing dilanda ribut pasir, semalam.
Kerikil selimuti kota besar China, Hong Kong, Taiwan

SEOUL: Ribut pasir yang melanda China, Hong Kong dan Taiwan, menyebabkan pencemaran dan mengehadkan jarak penglihatan akan tiba di Korea Selatan hari ini.

Jangkaan itu dimaklumkan oleh pegawai Pentadbiran Kaji Cuaca Korea, Kim Seung-bum, semalam, selain meramalkan Korea Selatan akan dilanda jerebu ‘habuk kuning’ terburuk sejak 2005.
Ramalan itu juga menyebabkan pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan amaran kepada penduduk di seluruh negara selepas ia melanda China, Hong Kong dan Taiwan. Malah, kerikil berpunca daripada ribut pasir China didapati mampu sampai sehingga ke sebelah barat Amerika Syarikat.

Di Beijing, laporan menyatakan, ribut pasir yang melanda kota utama China menyebabkan kawasan diselimuti pasir dan kerikil hinggalah ke Hong Kong dan Taiwan.

Keadaan itu dianggap isyarat terbaru menunjukkan kesan kawasan bandar yang semakin meluas, saiz hutan yang mengecil, kegiatan pertanian terlalu giat dan kemarau di sebelah utara dan barat China.

Kedudukan tanah yang berubah hingga meliputi kawasan penduduk memburukkan kesan ‘serangan’ ribut pasir itu.
Angin yang bergerak dari barat laut turut membawa pasir ke kawasan seluruh China sejak Sabtu lalu dan menjejaskan Xinjiang ke baratnya dan Beijing di sebelah timur hingga ke Taiwan, 2,600 kilometer dari Inner Mongolia.

Ribut pasir di Taiwan, 160 kilometer dari tanah besar, memaksa penduduk menutup muka dan mengelak daripada bernafas supaya tidak tersedut kerikil yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan masalah pernafasan.

Di Hong Kong, pegawai perlindungan alam sekitar pula berkata, tahap pencemaran meningkat ketika ribut pasir itu menuju tempat lain.

Seramai 20 orang tua mendapatkan bantuan kerana sesak nafas menyebabkan kerajaan menggesa penduduk tidak keluar rumah.

Baca Lagi...

REMAJA PINTAR MAUT NAHAS

SUBANG JAYA: Anak bongsu Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di kawasan perumahan USJ 3, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Muhammad Ikhwanul Ashraf, 18, yang juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata ketika kejadian yang berlaku selepas hujan itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah Persiaran Kewajipan menghala ke SS19. Bagaimanapun, katanya, sebaik berada di sebuah selekoh di Persiaran Tujuan, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di sebelah kiri dan terjunam ke dalam longkang.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang memandu sendirian tercampak keluar dari kenderaannya ke bahu jalan. Mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum disembahyangkan di Masjid USJ9, Taipan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 3.30 petang.

Sementara itu, Manja ketika ditemui selepas pengebumian anak bongsunya daripada tiga beradik itu berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas diberitahu oleh rakan anaknya itu yang datang ke rumahnya di USJ5, kira-kira jam 5 pagi.
Manja berkata, pada malam sebelum kejadian, beliau sempat menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Muhammad Ikhwanul Ashraf di rumahnya sebelum anaknya itu keluar kira-kira jam 12 malam untuk menonton satu lagi perlawanan EPL bersama rakan-rakannya.

“Arwah seorang anak yang pintar, aktif bersukan serta mempunyai perwatakan ceria. Semalam (kelmarin) baru saja saya mendaftarkan arwah memasuki Kolej Taylor untuk mengambil jurusan A-Level,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua saudara-mara dan sahabat handai yang menziarah serta yang menghantarkan ucapan takziah menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut menziarah jenazah Allahyarham ialah beberapa menteri Kabinet, pengurusan kanan Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

Baca Lagi...

PENGANGGUR DITUDUH BUNUH DENGAR SUARA DARI LANGIT

SEREMBAN: Penganggur yang dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Januari lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia melakukan pembunuhan itu atas arahan 'suara dari langit'.

Rasidi Ismail, 32, membuat pendedahan itu selepas ditanya Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, mengapa dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Terdahulu, Rasidi mengaku bersalah membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di No 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada 5 Januari lalu. Dia turut mengaku bersalah membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di kampung sama antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada hari sama.

Selepas Rasidi mengaku bersalah dan faham terhadap keempat-empat tuduhan itu, Ahmad Nasfy menjelaskan hukuman bagi pengakuan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah gantung sampai mati dan mahkamah sudah melantik peguam bela, Hanif Hassan, bagi mewakili tertuduh.

“Sekarang, mahkamah mahu mengetahui mengapa kamu mengaku bersalah?,” tanya Ahmad Nasfy dan kemudian dijawab Rasidi: “Saya menerima arahan untuk melakukannya. Saya diarahkan oleh suara dari langit."

Ahmad Nasfy berkata, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 342 (1) Kanun Acara Jenayah yang membolehkan majistret, hakim dan pendakwa raya memohon siasatan bagi menentukan sama ada tertuduh cukup sihat untuk dibicarakan.
Hanif kemudian meminta pengakuan tertuduh sebelum itu ditolak dan tidak direkodkan. Beliau juga meminta mahkamah mengarahkan penilaian psikiatri terhadap tertuduh mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, pula berkata syarat itu bertujuan memastikan tertuduh cukup sihat untuk mengaku bersalah dan mengikut prosiding mahkamah dan dia perlu dihantar untuk pemerhatian oleh satu pasukan psikiatri untuk tempoh 30 hari.

Ahmad Nasfy kemudian berkata: “Selepas mendengar sebab awal kamu mengaku bersalah, saya mempunyai sebab untuk mempercayai kamu pada ketika ini tidak cukup sihat untuk mengikuti perbicaraan.

“Mahkamah dengan ini mengarahkan tertuduh dihantar untuk pemerhatian psikiatri di hospital mental selama sebulan.”

Beliau turut menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan.

Baca Lagi...

SABUNG NYAWA UNTUK KE SEKOLAH

BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah.

Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.
Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.

Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.

Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.

Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah satu-satunya pengangkutan untuk penduduk setempat.

Petani menggunakan kabel untuk membawa keluar barangan dan bagi pelajar seperti Daisy dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah.

Jamid bagaimanapun terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah.

Baca Lagi...

BAYI MANGSA DERA KRITIKAL

PORT DICKSON: Seorang bayi lelaki berusia sebulan kini dalam keadaan kritikal akibat pendarahan dalam otak selepas dipercayai didera.

Bayi itu dipercayai mengalami kesan goncangan yang kuat menyebabkan berlaku pendarahan pada bahagian dalaman kepalanya, sekali gus menyebabkan mangsa ketika ini bertarung maut.


Kisah malang menimpa bayi berkenaan terbongkar apabila dia dibawa seorang lelaki yang mendakwa pengasuhnya ke Hospital Port Dickson di sini pada 11 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan K Baljeet Singh, berkata bayi itu dibawa seorang lelaki yang mengaku pengasuh dan mendakwa mangsa demam.


“Mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, doktor mendapati wujud unsur penderaan berikutan berlaku pendarahan dalam otak mangsa disyaki akibat goncangan kuat.

Doktor itu juga memaklumkan usia bayi itu bukan empat bulan seperti dilaporkan lelaki yang membawanya ke Hospital Port Dickson.


“Polis yang mendapat maklumat itu bergegas ke rumah lelaki terbabit yang berusia 28 tahun di Taman PD Utama di sini dan menahannya.


“Turut ditahan, seorang wanita yang juga isteri lelaki terbabit untuk membantu siasatan,” katanya.


Menurutnya, hasil siasatan mendapati bayi itu hasil hubungan lelaki terbabit dengan seorang warga Indonesia, tetapi wanita itu sudah pulang ke negara asalnya.


Katanya, polis turut menemui enam lagi kanak-kanak berusia satu hingga 13 tahun dalam rumah suspek dan mereka kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara selepas pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan.


Sementara itu jiran mangsa yang ditemui berkata, lelaki terbabit kurang bergaul dengan jiran berdekatan.

“Saya pun tidak tahu kejadian yang berlaku sehingga kedatangan sepasukan polis ke rumah berkenaan pada satu malam, baru-baru ini.

“Mereka tinggal di sini sejak kira-kira tiga tahun lalu,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, malam tadi.

Jiran itu berkata, dia juga tidak pernah terdengar pasangan suami isteri itu bertengkar sepanjang mereka tinggal di situ.

Tinjauan Harian Metro di rumah berkenaan mendapati ada enam kanak-kanak dipercayai berusia setahun hingga 11 tahun di rumah berkenaan yang dijaga oleh seorang lelaki.


Mereka terdiri lima kanak- kanak perempuan dan seorang lelaki yang didakwa anak angkat pasangan berkenaan.

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 13 tahun memberitahu, dia dan lima lagi kanak-kanak adalah anak angkat kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Menurutnya, adiknya dijaga seorang wanita ketika dia ke sekolah pada sebelah pagi dan pada sebelah malam, mereka dijaga seorang lelaki.

“Saya sayang bapa dan ibu kerana kami semua dijaga dengan baik sejak kecil dan saya tidak tahu macam mana kejadian itu berlaku.

“Bapa seorang yang penyayang dan kami semua sayangkannya kerana dialah yang menjaga kami semua sejak kecil,” katanya.

Baca Lagi...

BURUH MAUT DIHEMPAP DAHAN BALAK

KUANTAN: Seorang buruh yang sedang menebang pokok balak di hutan Lakum, Lanchang dekat Temerloh maut selepas kepalanya dihempap dahan pokok itu.
Mangsa, Mohd Sukirman Abdullah, 39, berasal dari Kuala Lipis meninggal serta-merta di tempat kejadian selepas tempurung kepalanya terkoyak dan pecah dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam.


Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak di hutan berkenaan sebelum sebatang dahan pokok balak berdiameter 12 inci menghempap kepalanya.


"Mangsa rebah ke tanah dan disedari rakan-rakannya yang berada di kawasan itu," katanya hari ini.


Katanya, mereka kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat.

Baca Lagi...

TEKSI TERBABAS PEMANDU DISERANG SAKIT JANTUNG

IPOH: Orang ramai yang berada di persimpangan Jalan Sultan Iskandar/Jalan Raja Muda Aziz di sini hari ini gempar apabila sebuah teksi tiba-tiba terbabas melanggar tiga kereta dan terperosok ke dalam sebuah kedai.
Pemandu teksi berkenaan, seorang warga emas, Kok Ah Kow, 67, dipercayai diserang sakit jantung dan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

Kok meninggal dunia sejurus selepas kejadian kira-kira jam 3 petang.

Jurucakap polis berkata tiada penumpang menaiki teksi berkenaan dan tiga kereta yang dilanggar Kok hanya mengalami kerosakan kecil dan pemilik sudah membuat aduan polis.


Seorang pekedai berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata pemandu teksi berkenaan sempat keluar dari keretanya selepas terbabas tapi terus rebah.

Baca Lagi...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com