'PAK CIK PANIK'

KOTA BHARU: “Pak cik tak mampu berkata-kata dan panik sebaik mendengar berita buruk itu apabila adiknya, Mohd Zulaidi, 38, menghubungi kami di rumah kira-kira jam 11 pagi,” kata Jusof Yasin, 62, bapa Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, yang terbunuh apabila pesawat Pilatos PC-7 Mark II dikendalikannya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, jam 10.15 pagi semalam.
Menurut Jusof, arwah anak sulung daripada sembilan beradik berhasrat menjadi juruterbang ketika belajar di sekolah rendah sehingga mula berkhidmat dengan tentera pada 1992.

“Ketika itu, saya pernah berpesan kepadanya kalau ingin menjadi tentera biar pangkatnya lebih tinggi daripada saya.

“Hasratnya tercapai untuk menjadi seorang juruterbang, tapi apakan daya dia pergi jua,” katanya sedih. Jusof berkata, arwah disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin dan pemergiannya amat ditangisi mereka sekeluarga. Katanya, berita sedih menimpa arwah dimaklumkan Mohd Zulaidi yang ketika itu berada di Johor Bharu.

“Mohd Zulaidi memberitahu abangnya (arwah) terjatuh ketika memandu pesawat berkenaan. “Isteri, Limah Hassan, 59, terkejut kerana tidak menduga kejadian itu menimpa anak sulung kami,” katanya.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com