MAYAT BAYI PUTUS TANGAN DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata bayi malang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaanya yang masih bertali pusat. "Bayi lelaki itu dipercayai dibuang di kawasan sekitar kawasan timbunan sampah tersebut sejurus dilahirkan pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com