BURUH MAUT DIHEMPAP DAHAN BALAK

KUANTAN: Seorang buruh yang sedang menebang pokok balak di hutan Lakum, Lanchang dekat Temerloh maut selepas kepalanya dihempap dahan pokok itu.
Mangsa, Mohd Sukirman Abdullah, 39, berasal dari Kuala Lipis meninggal serta-merta di tempat kejadian selepas tempurung kepalanya terkoyak dan pecah dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam.


Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak di hutan berkenaan sebelum sebatang dahan pokok balak berdiameter 12 inci menghempap kepalanya.


"Mangsa rebah ke tanah dan disedari rakan-rakannya yang berada di kawasan itu," katanya hari ini.


Katanya, mereka kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com