BANGKOK: Thailand mengetatkan lagi kawalan keselamatan selepas dua lagi letupan mengenai bangunan kerajaan, insiden terbaru dalam beberapa siri serangan kecil sejak bantahan antikerajaan meletus bulan ini.
Perhimpunan dilancarkan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu menyebabkan kerajaan terpaksa membuat kerahan keselamatan besar-besaran termasuk mengenakan kawalan ketat ke atas bangunan Parlimen yang mencetuskan boikot pembangkang. Pihak berkuasa berkata letupan baru yang melanda dewan wilayah di pinggir utara ibu kota dan sebuah bangunan kerajaan di barat ibu kota kelmarin, dilakukan di kawasan yang kurang diawasi oleh anggota keselamatan.
“Kami perlu membuat perubahan terhadap operasi kami bagi membendung serangan,” kata Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban kepada media di parlimen, sambil menambah beliau sudah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.
“Laporan perisikan berkata mereka mahu mencetuskan kekacauan bagi menunjukkan kerajaan tidak dapat mengawal situasi, namun saya mahu memberi jaminan kepada rakyat Thailand bahawa keadaan kini terkawal,” katanya.
Letupan itu, menyusuli lapan letupan kecil sejak bantahan bermula 14 Mac lalu, menyebabkan kerosakan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kebanyakan insiden membabitkan bom tangan, namun polis yang menyiasat letupan dewan wilayah berkata mereka percaya ia adalah peralatan letupan TNT.
Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva Selasa lalu melanjutkan undang-undang ketat keselamatan yang dikuatkuasakan bagi menangani demonstrasi itu, terutama di Bangkok dan daerah berhampiran untuk tambahan seminggu lagi ketika penunjuk perasaan baju merah berazam untuk melakukan tindakan baru.
Ahli Parlimen pembangkang Puea Thai memboikot parlimen buat hari kedua semalam bagi membantah langkah tegas termasuk halangan konkrit dan wayar tajam mengelilingi bangunan serta ribuan tentera dan polis yang mengawal bangunan itu.
Presiden Senat, Prasobsuk Boondej, juga mengkritik kehadiran tentera sebagai satu tindakan melampau dan berkata sesetengah Senator menghadapi masalah memasuki bangunan terbabit.
Abhisit, yang berkata langkah itu bertujuan mencegah berulangnya rampasan ke atas Parlimen pada 2008, menolak dakwaan pembangkang bahawa tindak balas itu adalah ‘satu versi rampasan’.
Tentera dan polis “tidak datang untuk merampas kuasa, mereka mahu memastikan kita dapat meneruskan tugas, malah mereka melindungi demokrasi,” kata Perdana Menteri di Parlimen.
2 LETUPAN DI BANGUNAN KERAJAAN
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
March
(25)
- SYRIA BERSEDIA JIKA ISRAEL LANCAR PERANG
- OSAMA ANCAM BUNUH WARGA AS
- SEKS GEREJA MEREBAK KE AS
- TIGA BERADIK TERBELA
- MALAYSIA EKONOMI DUNIA KE-27 PALING BERANGKAIAN
- 2 LETUPAN DI BANGUNAN KERAJAAN
- KEMPEN PADAM LAMPU ESOK
- MAYAT BAYI PUTUS TANGAN DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
- ZULFADLI KETUAI KEMARAAN SKUAD REMAJA
- 9 KUBUR DIGALI UNTUK CARI SENJATA,BOM
- ARAK,DADAH SENJATA BARU ZIONIS
- CALON GABENOR EDAR DADAH
- 2 LAGI BOM LEDAK BANGKOK
- 3 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN...
- 'PAK CIK PANIK'
- MAYAT LELAKI DALAM SEMBILAN LAPISAN PLASTIK
- 16 KENDERAAN DIHEMPAP POKOK
- AYAH PENGACAU
- RIBUT PASIR MENUJU KOREA
- REMAJA PINTAR MAUT NAHAS
- PENGANGGUR DITUDUH BUNUH DENGAR SUARA DARI LANGIT
- SABUNG NYAWA UNTUK KE SEKOLAH
- BAYI MANGSA DERA KRITIKAL
- BURUH MAUT DIHEMPAP DAHAN BALAK
- TEKSI TERBABAS PEMANDU DISERANG SAKIT JANTUNG
-
▼
March
(25)