BEIRUT 25 Mac - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, Damsyik sudah bersiap sedia jika Israel melancarkan perang berikutan ketegangan di rantau itu yang terus memuncak.
"Kami berhadapan dengan musuh yang sehingga hari ini ia tidak memahami apa-apa kecuali melalui tindakan ketenteraan dan jelas bahawa keamanan di wilayah ini tidak akan wujud," kata Bashar dalam temuramah dalam bahasa Arab bersama televisyen Al-Manar milik Hezbollah, semalam.
Kenyataan itu dibuat ketika meningkatnya ketegangan di rantau berkenaan berikutan ancaman Israel ke atas pejuang parti Syiah Hezbollah yang mendapat sokongan dari Syria dan Iran.
Kata Bashar, perhatian kini apa yang beliau disifatkan sebagai sebuah 'negeri tanpa perang dan tanpa perdamaian,' akan mengetuai gerakan sama ada melancarkan peperangan atau berdamai.
"Adakah kami boleh berharap dengan kerajaan Israel? Tidak! Tetapi kami percaya yang Israel tidak ada pilihan lain kecuali perdamaian," katanya.
"Tetapi bila perang dilakukan ke atas kamu, kamu membayar perang itu tanpa menghiraukan keseimbangan kuasa," tegasnya.
Pada 2008, Turki secara tidak langsung telah menjadi perantara dalam perbincangan damai tidak resmi antara Israel dan Syria yang berakhir dengan kegagalan apabila Israel melancarkan serangan ketenteraan dan menghancurkan Gaza.
Pada Disember 2009, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang menolak mentah-mentah perbincangan dengan Syria melalui perantaraan Turki, tiba-tiba meminta untuk mengadakan perbincangan terus di Damsyik dan Baitulmaqdis.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan awal bulan ini berkata, Israel telah mula menunjukkan minat untuk menerima Turki sebagai perantara bagi menghidupkan semula perbincangan perdamaian.
SYRIA BERSEDIA JIKA ISRAEL LANCAR PERANG
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
March
(25)
- SYRIA BERSEDIA JIKA ISRAEL LANCAR PERANG
- OSAMA ANCAM BUNUH WARGA AS
- SEKS GEREJA MEREBAK KE AS
- TIGA BERADIK TERBELA
- MALAYSIA EKONOMI DUNIA KE-27 PALING BERANGKAIAN
- 2 LETUPAN DI BANGUNAN KERAJAAN
- KEMPEN PADAM LAMPU ESOK
- MAYAT BAYI PUTUS TANGAN DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
- ZULFADLI KETUAI KEMARAAN SKUAD REMAJA
- 9 KUBUR DIGALI UNTUK CARI SENJATA,BOM
- ARAK,DADAH SENJATA BARU ZIONIS
- CALON GABENOR EDAR DADAH
- 2 LAGI BOM LEDAK BANGKOK
- 3 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN...
- 'PAK CIK PANIK'
- MAYAT LELAKI DALAM SEMBILAN LAPISAN PLASTIK
- 16 KENDERAAN DIHEMPAP POKOK
- AYAH PENGACAU
- RIBUT PASIR MENUJU KOREA
- REMAJA PINTAR MAUT NAHAS
- PENGANGGUR DITUDUH BUNUH DENGAR SUARA DARI LANGIT
- SABUNG NYAWA UNTUK KE SEKOLAH
- BAYI MANGSA DERA KRITIKAL
- BURUH MAUT DIHEMPAP DAHAN BALAK
- TEKSI TERBABAS PEMANDU DISERANG SAKIT JANTUNG
-
▼
March
(25)