2 LAGI BOM LEDAK BANGKOK

BANGKOK: Tahap keselamatan Thailand dipertingkatkan semalam, selepas dua lagi letupan terkena bangunan kerajaan dalam serangan baru kumpulan antikerajaan.
Pihak berkuasa berkata, letupan terbaru itu mengenai dewan umum di utara Bangkok dan bangunan kerajaan di bahagian barat ibu negara Thailand itu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, berkata operasi keselamatan negara itu terpaksa diubah suai bagi mengekang serangan seumpama itu.

“Laporan risikan mendakwa, kumpulan antikerajaan mahu mencetuskan huru-hara bagi menunjukkan kerajaan gagal mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, saya memberi jaminan keadaan masih terkawal,” katanya semalam.
Sejak hujung minggu lalu, kumpulan Baju Merah meningkatkan tekanan mendesak Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Kerajaan turut mengerah anggota keselamatan meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang ancaman.
Bangunan parlimen juga dikawal ketat sehingga pembangkang memboikot persidangan.
Letupan semalam adalah yang terbaru selepas lapan serangan sama dilakukan sejak protes bermula 14 Mac lalu.

Letupan di dewan umum itu menyebabkan lubang sedalam 20 sentimeter.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com