SUBANG JAYA: Anak bongsu Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di kawasan perumahan USJ 3, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Muhammad Ikhwanul Ashraf, 18, yang juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata ketika kejadian yang berlaku selepas hujan itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah Persiaran Kewajipan menghala ke SS19. Bagaimanapun, katanya, sebaik berada di sebuah selekoh di Persiaran Tujuan, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di sebelah kiri dan terjunam ke dalam longkang.
“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang memandu sendirian tercampak keluar dari kenderaannya ke bahu jalan. Mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum disembahyangkan di Masjid USJ9, Taipan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 3.30 petang.
Sementara itu, Manja ketika ditemui selepas pengebumian anak bongsunya daripada tiga beradik itu berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas diberitahu oleh rakan anaknya itu yang datang ke rumahnya di USJ5, kira-kira jam 5 pagi.
Manja berkata, pada malam sebelum kejadian, beliau sempat menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Muhammad Ikhwanul Ashraf di rumahnya sebelum anaknya itu keluar kira-kira jam 12 malam untuk menonton satu lagi perlawanan EPL bersama rakan-rakannya.
“Arwah seorang anak yang pintar, aktif bersukan serta mempunyai perwatakan ceria. Semalam (kelmarin) baru saja saya mendaftarkan arwah memasuki Kolej Taylor untuk mengambil jurusan A-Level,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua saudara-mara dan sahabat handai yang menziarah serta yang menghantarkan ucapan takziah menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Turut menziarah jenazah Allahyarham ialah beberapa menteri Kabinet, pengurusan kanan Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)
REMAJA PINTAR MAUT NAHAS
TAQWIM
BLOG ARCHIVE
-
▼
2010
(204)
-
▼
March
(25)
- SYRIA BERSEDIA JIKA ISRAEL LANCAR PERANG
- OSAMA ANCAM BUNUH WARGA AS
- SEKS GEREJA MEREBAK KE AS
- TIGA BERADIK TERBELA
- MALAYSIA EKONOMI DUNIA KE-27 PALING BERANGKAIAN
- 2 LETUPAN DI BANGUNAN KERAJAAN
- KEMPEN PADAM LAMPU ESOK
- MAYAT BAYI PUTUS TANGAN DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
- ZULFADLI KETUAI KEMARAAN SKUAD REMAJA
- 9 KUBUR DIGALI UNTUK CARI SENJATA,BOM
- ARAK,DADAH SENJATA BARU ZIONIS
- CALON GABENOR EDAR DADAH
- 2 LAGI BOM LEDAK BANGKOK
- 3 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN...
- 'PAK CIK PANIK'
- MAYAT LELAKI DALAM SEMBILAN LAPISAN PLASTIK
- 16 KENDERAAN DIHEMPAP POKOK
- AYAH PENGACAU
- RIBUT PASIR MENUJU KOREA
- REMAJA PINTAR MAUT NAHAS
- PENGANGGUR DITUDUH BUNUH DENGAR SUARA DARI LANGIT
- SABUNG NYAWA UNTUK KE SEKOLAH
- BAYI MANGSA DERA KRITIKAL
- BURUH MAUT DIHEMPAP DAHAN BALAK
- TEKSI TERBABAS PEMANDU DISERANG SAKIT JANTUNG
-
▼
March
(25)