ARAK,DADAH SENJATA BARU ZIONIS

JAKARTA: Israel kini mengubah taktik dalam usaha menghapuskan warga Palestin dengan mengedarkan minuman beralkohol dan dadah ke Palestin.
Mufti Jericho yang juga Timbalan Mufti Besar Palestin Muhammad Abo Alrob, berkata Zionis tidak berhajat menjadikan umat Islam sebagai golongan Nasrani atau Yahudi, sebaliknya cuma mencemar akhlak mereka.

Justeru, katanya, Israel mengedarkan minuman beralkohol dan dadah dengan mensasarkan pemuda Palestin sebagai sasaran utama, “Selain mampu mengganggu anak muda, semangat perjuangan Palestin membebaskan negara dan Masjidil Aqsa dapat dilumpuhkan,” katanya pada ceramah umum di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, semalam.

Beliau menyampaikan penjelasan bertajuk Ancaman Semasa Terhadap Tempat Suci Di Palestin.

Kata Muhammad, jika perancangan Yahudi itu berjaya, mereka semakin mudah menguasai umat Islam Palestin yang kini gigih berjuang membebaskan negara sendiri.

Jika tidak dihalang, katanya, Palestin akan terus menjadi isu yang membimbangkan umat Islam seluruh dunia.

“Ketika ini warga Palestin perlukan sokongan semua pihak, terutama untuk mempertahankan tempat suci di situ,” katanya.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com